Orang muda penentu siapa teraju Sarawak

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 2:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang muda penentu siapa teraju Sarawak

KUCHING – Pengundi muda dijangka memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata jumlah pengundi baharu pada pilihan raya kali ini dianggarkan merangkumi kira-kira 40 peratus.

Abdul Karim berkata, perkembangan itu menjadikan usaha mendidik golongan muda, khususnya mereka yang berusia antara 18 hingga 25 tahun tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengundi, semakin penting.

“Golongan muda perlu diberi pendedahan dan ruang untuk membentuk pemikiran terbuka serta membuat penilaian sendiri dalam menentukan calon yang layak mewakili mereka.

“Golongan muda tidak seharusnya dipengaruhi oleh sentimen ekstrem, termasuk berkaitan perbezaan bangsa dan agama, dalam menentukan pilihan politik kerana pendekatan itu boleh mewujudkan trend yang tidak sihat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, pengundi muda juga tidak harus dipandang rendah kerana mereka mempunyai latar belakang pendidikan dan keupayaan untuk menilai sesuatu perkara secara matang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ke-13 pada 28 Nov, pengundian awal pada 8 Dis, manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Dis ini. – BERNAMA

The post Orang muda penentu siapa teraju Sarawak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved