“Orang pengsan tak bila kena sebat?” – Pegawai Ini Kongsi Bagaimana Hukuman Sebat Di Penjara

Entertainment
21 May 2024 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau di sekolah dahulu, pengawai polis akan hadir ke sekolah dan menunjukkan video demonstrasi hukuman sebat di penjara kepada para pelajar.

Tapi, sekarang ini ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka berkunjung ke muzium penjara dan melihat sendiri demonstrasi mengenai hukuman sebat yang dilaksanakan bawah perundangan negara.

Pasti korang tertanya-tanya tentang kesakitan yang dialami banduan dan pelbagai kisah kita dengar mengenai hukuman sebat yang membuatkan kita berasa takut dan insaf.

Seorang anggota polis yang bertugas sebagai pegawai sebat menjawab beberapa persoalan orang awam mengenai hukuman sebat di penjara.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, pegawai sebat mengatakan mereka yang dikenakan hukuman akan tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat.

“Dia (banduan) tak sedarkan diri sekejap tapi tak perlu risau sebab kat situ kita ada doktor dan hakim yang menjatuhkan hukuman sebab dia sesuai untuk disebat.”

Menurut pegawai itu lagi, banduan yang berumur 40 tahun ke atas akan mengalami tempoh penyembuhan yang lambat sedikit berbanding banduan yang berumur 40 tahun ke bawah.

“Setiap hari kita akan bagi rawatan sebab dalam tu (penjara) ada doktor,” kongsinya.

Tambahnya lagi, hukuman sebatan akan dikenakan dalam tempoh sebulan ke dua bulan sebelum banduan tamat menjalankan hukuman penjara.

“Selalunya dia (banduan) akan ingat saya. Kita buat ni untuk kesedaran. Mereka tak akan argue dengan kita (pegawai)… mereka akan merayu untuk sebat secepat mungkin sebab nak balik.”

Kata pegawai itu, hukuman sebat dikenakan kepada pelaku juvana termasuklah wanita kecuali mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.