Cubaan Ceroboh Istana Negara, Dua Lelaki Dipenjara Dua Bulan

21 May 2024 • 11:14 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua orang lelaki mengaku bersalah di atas dakwaan cuba untuk menceroboh istana negara sekali gus dijatuhkan hukuman penjara selama dua bulan.

Memetik laporan Kosmo! Online, kedua-dua suspek iaitu Saleh Udoh, 37, dan Abdul Malek Az Zukhruf Fiee, 29, dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim pada Isnin.

image is not available

Foto: Majoriti

Difahamkan, suspek-suspek tersebut telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mei lalu.

Kesalahan yang dilakukan di pintu 3 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas pada jam 4.40 petang didakwa mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

image is not available

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali akan dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Sebelum ini, permohonan agar hukuman yang setimpal diberikan kepada kedua-dua tertuduh telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, R Havind bagi tujuan memberi pengajaran dan mengambil kira kes pencerobohan yang berlaku.

Namun begitu, mereka yang tidak diwakili peguam ini dilaporkan telah membuat permohonan untuk meringankan hukuman dengan alasan tidak pernah memiliki rekod jenayah dan mempunyai tanggungan keluarga.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Dalam pada itu, Saleh dikatakan tidak mengaku bersalah di atas satu lagi pertuduhan memiliki senjata iaitu parang panjang tanpa kebenaran yang sah semasa kejadian itu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun serta maksimum 10 tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)