Orang Pertama Solat Bila Habis Azan, Netizen ‘Salute’ Wanita Dari Amerika Ini

Entertainment
21 Jul 2022 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun dah jadi satu perkara biasa bila melihat orang kita terlalu ikutkan budaya di negara barat sekarang, ia masih lagi luar biasa bagi diri kita jika orang dari negara barat yang mengikut budaya kita.

Sebelum ini beberapa insan seperti Mat Dan dan Rhys William ini telah memukau rakyat Malaysia kerana kefasihan mereka dalam berbahasa Melayu, seorang lain wanita dari Amerika kini sedang menjadi tumpuan di media sosial.

 

Aunty Azizah, lebih Melayu daripada Melayu

Menurut perkongsian daripada Norlaila Dlaila di Facebook ini, wanita yang dinamakan Aunty Azizah ini sedang menjaga suaminya yang kena strok.

Dia pakai baju kurung Kedah dengan kain batik, malah dia selamba naik motor untuk ambil kain baju dan karpet sebab ambil upah untuk mencuci.

image is not available

Bukan itu sahaja, Aunty Azizah ini ada kalanya pikul mesin rumput sebab dia juga buat upah potong rumput rumah orang.

“Hari tu dia pernah tolong Akak cuci pinggan sekejap….tapi dia tak larat berdiri lama…sebab pahanya haritu patah accident..”

image is not available

Apa yang membuatkan Aunty Azizah ini disanjung oleh Norlaila adalah, biasanya dia akan jadi orang pertama yang solat apabila habis azan.

Berdasarkan pemerhatian di gambar, lokasi Aunty Azizah ini di Gerik, Perak.

Posted by Norlaila Dlaila on Thursday, July 21, 2022

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dengan kegigihan Aunty Azizah ini, malah ada juga orang kita yang kagum melihat kehebatan Aunty Aizah pakai kain batik dengan elok.

Bila jenguk cara dia pun, memang tutup aurat dengan sempurna.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.