Orang Ramai Tunggu Pertunjukan Bunga Api Di Sabah, Tetapi Van Jenazah Pula Datang Konvoi

1 Jan 2023 • 5:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Tahniah Sabah Tahniah. Takdak bunga api tapi ingat lah mati.’ – netizen

Orang Ramai Tunggu Pertunjukan Bunga Api Di Sabah, Tetapi Van Jenazah Pula Datang Konvoi. Bagi sesetengah orang, menjelang tahun baru sudah menjadi suatu kelaziman untuk tengok pertunjukan bunga api, betul tak?

Pasti akan ada aktiviti berkumpul bersama kawan-kawan ataupun keluarga tak kira di mana sahaja. Yelah, nak masuk tahun baru kan, mestilah luangkan masa bersama yang tersayang.

image is not available
Orang Ramai Tunggu Pertunjukan Bunga Api Di Sabah, Tetapi Van Jenazah Pula Datang Konvoi. Sumber: Tiktok

‘Hehehe semalam yang di tunggu bunga api tpi yang datang van jenazahimage is not availableimage is not available’ -netizen

Baru-baru ini, beberapa kongsian video di laman Tiktok telah mencuit hati netizen akan insiden yang melucukan di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi perkongsian video milik @hedgesqi memaparkan orang ramai tengah tunggu di kawasan dataran untuk melihat pertunjukan bunga api untuk countdown, tetapi van jenazah pula yang muncul. Bersusun pulak tuimage is not available

Lihat video di bawah:

@hedgesqi New Year di Kota Kinabalu. Tiada fireworks, tapi van jenazah yang limpas tepar 12 tengah malam #newyear #tahunbaru #malaysia ♬ original sound – hedgesqi

‘Operasi serbu hotel malam tahun baru’ – netizen

Orang ramai yang tengah duduk menunggu pertunjukan bunga api turut terkedu, ada juga yang sorak apabila lihat van jenazah lalu di hadapan mereka. Siapa je tak sentap kalau tengok van jenazah lalu depan mata kan. Memang auto insaf dibuatnyaimage is not available

image is not available
Sumber: Tiktok

Lagi satu perkongsian video di laman Twitter di mana individu ini juga sempat rakam van jenazah konvoi di jalan raya pada malam tadi. Lihat di bawah:

Rupa-rupanya, konvoi van jenazah serta polis dan majlis agama ini juga pernah terjadi pada tahun lepas di Sabah. Ianya untuk mencegah perkara-perkara mungkar seperti pasangan yang bermadu kasih walaupun tanpa ikatan di ambang tahun baru.

Walau bagaimanapun, video yang tular itu tidak menjelaskan keadaan sebenar dan hanya andaian daripada warganet yang sudah faham dengan hal berkenaan merujuk kepada situasi yang selalu terjadi di malam ambang tahun baru.

Lagi artikel menarik anda boleh baca di bawah: