“Orang suka make fun of us” – Shila Amzah Minta Netizen Berhenti Guna #ShiBai

Entertainment
14 Jun 2023 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara pasangan selebriti yang kian menjadi sebutan ramai ialah Shila Amzah dan tunangnya Ubai yang merupakan seorang influencer.

Mereka baru sahaja mengikat tali pertunangan hujung Mei lalu selepas mengumumkan mereka bercinta secara live di TikTok beberapa bulan sebelum.

Namun, baru-baru ini ada netizen yang mencipta tanda pagar (hashtag) dengan menggabungkan nama kedua-dua mereka menjadi #ShiBai yang berbunyi agak kasar dan membawa maksud kurang baik dalam Bahasa Cina.

image is not available

Shila Amzah dalam sesi live TikTok meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap hashtag itu dan meminta orang ramai untuk hentikan penggunaan perkataan itu.

“Orang (netizen) kena hormat apa yang saya tidak suka. Saya juga tiada masalah untuk memberitahu apa yang saya tidak suka.

Kalau mereka buat juga (guna #ShiBai), maknanya mereka tiada otak. Sekurang-kurangnya saya sudah beritahu bahawa saya tidak suka hashtag itu,” katanya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menegur mereka yang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana ia dianggap tidak sopan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.