RCI Tabung Haji: Orang terpilih dalam TH Properties dapat bonus lebih RM1 juta

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 10:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI Tabung Haji: Orang terpilih dalam TH Properties dapat bonus lebih RM1 juta

PETALING JAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati beberapa orang terpilih dalam Lembaga Pengarah TH Properties Sdn. Bhd. telah diberikan bonus istimewa dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,148,400 pada tahun 2017 dan RM1,045,000 pada tahun 2018.

Menerusi laporan RCI Tabung Haji hari ini, suruhanjaya berkenaan meneliti dokumen dan minit mesyuarat berkaitan isu pembayaran bonus kepada anggota Lembaga dan kakitangan tertentu TH Properties.

“Bayaran bonus yang telah diberikan kepada anggota Lembaga TH Properties dan kakitangan tertentu pada tahun 2017 dan 2018 adalah atas alasan bahawa projek
pembangunan di Australia terutamanya “The Bay Pavillion” telah memberikan sumbangan kewangan yang signifikan kepada TH Properties pada tahun 2016 dan 2017.

“Suruhanjaya mendapati alasan diberikan bagi pemberian bonus tahun 2017 adalah kerana kejayaan projek “The Bay Pavillion” yang telah disiapkan pada tahun 2015 dan telah berjaya dijual sepenuhnya.

“Sehingga Disember 2016, projek ini didakwa telah membawa pulangan sebanyak AUD$11.6 juta kepada TH Properties,” katanya.

Suruhanjaya mendapati bahawa alasan bagi pemberian bonus adalah kerana pihak pengurusan telah berjaya memastikan operasi dan kewangan syarikat yang baik
sehingga TH Properties memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM34.84 juta pada tahun 2017.

“Suruhanjaya mendapati bonus ini telah diluluskan kepada 10 orang, iaitu dua pengarah, dua bekas pengarah dan enam pegawai.

“Dengan ini, suruhanjaya mencadangkan supaya usaha dibuat bagi mendapatkan semula bonus yang telah diberikan kepada mereka yang terlibat, memandangkan
bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan ditetapkan,” menurut laporan itu.

TH Properties adalah sebuah anak syarikat LTH yang dahulunya dikenali sebagai Syarikat Pembinaan dan Perumahan Tabung Haji Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada 31 Oktober 1980 di bawah Akta Syarikat 1965.

TH Properties merupakan syarikat subsidiari milik penuh Lembaga Tabung Haji. – KOSMO! ONLINE

The post RCI Tabung Haji: Orang terpilih dalam TH Properties dapat bonus lebih RM1 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved