‘Outfit’ Raya Masih Cantik, Ini Idea Boleh Buat Lepas Habis Beraya Kalau Tak Nak Balik Awal

18 Mar 2026 • 3:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Outfit’ Raya Masih Cantik, Ini Idea Boleh Buat Lepas Habis Beraya Kalau Tak Nak Balik Awal

Pejam celik, pejam celik, raya pun dah nak dekat. Mesti masing-masing dah sibuk siap susun jadual, raya pertama ke mana, raya kedua nak serbu rumah siapa, siap dah tahu nak masak menu apa untuk tetamu nanti.

Tapi biasanya, masuk je raya ketiga, ramai yang mula 'tepu'. 

Nak pergi open house, belum ada jemputan. Nak duduk rumah, rasa sayang pula sebab ‘outfit’ raya tengah meletop lagi ni! 

Kalau korang dalam situasi tak tahu nak tuju ke mana tapi tak nak balik rumah awal, artikel ini memang untuk korang.

Bagi yang beraya atau berada di kawasan Kuala Lumpur, ini antara aktiviti menarik yang korang boleh buat.

Coffee/Dessert Hunter, Kafe Estetik

Alang-alang tengah berkumpul dengan sepupu-sepapat atau kawan lama, apa kata lepak minum kopi atau cari dessert viral. 

Sambil borak panjang, boleh juga rasa vibes kafe yang cantik-cantik di tengah kota.

Ini dua recommendation padu;

Pokok KL

image is not available

Kalau korang cari konsep glasshouse yang dikelilingi pokok-pokok hijau, sinilah tempatnya. Lighting pun natural kat sini memang A+, buatkan warna baju raya korang nampak lagi 'naik' dalam gambar. 

Sambil borak, boleh layan Smoked Salmon Benedict dorang yang padu tu.

Bean Brothers KL

image is not available

Kalau tengah mencari kafe dengan reka bentuk moden untuk background Raya OOTD, korang kena cuba Bean Brothers

Ruangnya sangat luas, rasa macam dalam sebuah warehouse atau gudang yang sangat cool. Dengan siling tinggi dan dinding tingkap kaca, kafe berkonsep industrial ni memang sangat Insta-worthy. 

Sambil layan bau biji kopi segar, boleh order pasta atau croissants dorang yang sedap-sedap belaka.

Barulah gambar raya estatik kan!

Shopping Waktu Raya, Lebih Tenang

Part ni mesti ramai yang suka especially geng-geng wanita. Tapi ramai yang tak tahu, biasanya diskaun raya masih diteruskan walaupun dah masuk raya ketiga.

Waktu macam ni memang best nak shopping sebab orang tak berapa ramai

Kalau nak cari brand antarabangsa atau lokal yang tengah buat clearance raya, The Exchange TRX & IOI City Mall, memang syurga.

Tahun ini The Exchange TRX menawarkan reward eksklusif Rimbun Raya kat Central Exchange (Aras Bawah). 

Berbelanja RM300 boleh dapat sampul raya, malah ada hadiah Festive Afternoon Tea Stand dan set hadiah premium Puras Ramadan untuk perbelanjaan yang lebih besar. Siapa cepat dia dapat

Manakala  pengunjung yang membeli di IOI City Mall ini berpeluang menebus hadiah-hadiah eksklusif dengan setiap minimum pembelian RM250, RM350, RM1,000 dan RM3,500.

image is not available

Ada banyak tawaran istimewa dan promosi menarik untuk pengunjung yang singgah sepanjang musim perayaan ni

Jangan lupa juga singgah Suria KLCC juga sebab banyak butik eksklusif tengah buat promosi raya sehingga 5 April sebab mall ni,  korang boleh tebus e-Voucher RM100 dan set Sampul Raya Eksklusif Suria KLCC.

Sayang Baju Raya Dah On Point Tapi Tak OOTD Kat Sini, Memang Rugi!

image is not available

Ini yang paling penting! Rugi kalau dah pakai baju raya cantik-cantik tapi tak ada gambar yang 'letop' untuk dimuat naik di media sosial.

Kalau nak tahu, dekorasi raya Suria KLCC Mall tahun ni memang bukan kaleng-kaleng, semuanya meriah dan sangat estetik.

image is not available

Langkah masuk saja ke Suria KLCC, korang akan rasa seolah-olah berada di sebuah taman bunga bougainvillea yang sangat luas dan penuh dengan elemen warisan.

Bermula sekarang sehingga 5 April 2026, Suria KLCC bukan sekadar hiasan kosong, tapi penuh dengan pengalaman interaktif

Terowong Bougainvillea & Pondok Wakaf

image is not available

Dah sampai sini, satu je nak cakap, korang wajib jalan melalui terowong bougainvillea yang sangat ethereal (macam dalam mimpi). 

Di sini juga ada struktur wakaf Melayu tradisional yang menjadi pusat tumpuan. Nak lagi menarik?

image is not available

Ada demonstrasi tenunan songket secara langsung oleh artisan mahir dari Terengganu. Memang satu pengalaman yang mahal untuk generasi muda tengok sendiri seni warisan kita.

Aktiviti Interaktif & Nostalgia

image is not available

Sambil-sambil melaram, boleh juga korang imbau zaman kanak-kanak dengan main congkak dan batu seremban. Ada juga persembahan gamelan, tarian zapin, bengkel mencanting batik dan banyak lagi.

Pengalaman Sinematik Luar Bangunan

image is not available

Lagi best, korang boleh ber’OOTD’ di bawah mercu tanda ikonik Malaysia, Menara Berkembar PETRONAS (KLCC). 

Bila waktu malam, dekorasi warisan ni akan 'hidup' dengan limpahan cahaya lampu yang sangat memukau. Serius, memang nampak sinematik gila di tengah-tengah kota metropolitan.

Jadi, jangan biarkan baju raya korang tersimpan rapi dalam almari awal sangat. Raya kan sebulan!