“Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah

19 Oct 2026 • 9:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah

Ada kalanya, kita perlu meninggalkan rumah untuk ke luar kawasan atas urusan tertentu sehingga terpaksa berjauhan buat sementara waktu.

Namun, siapa sangka kepulangan ke rumah selepas beberapa ketika boleh disambut dengan kejutan tidak dijangka yang mencuri perhatian.

Itulah yang dialami oleh pengguna Threads, @ninis.khan, apabila dia mendapati longgokan parcel di rumahnya menjadi tempat seekor ayam bertelur.

Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah

Image from: “Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah

Dalam satu perkongsian, @ninis.khan meluahkan rasa terkejut melihat longgokan parcel yang diterimanya selepas seminggu meninggalkan rumah.

Namun, lebih mengejutkan apabila seekor ayam bertelur di atas parcel yang dilonggokkan di hadapan pintu rumahnya.

"Weh korang, aku outstation seminggu je tau.

"Balik rumah parcel dah macam baru menang giveaway. Bukan tu je, ayam pun sempat bertelur lagi.

"Aku pergi outstation seminggu je weh, bukan pindah negara. Elok pulak dia bertelur betul-betul depan pintu.

"Kang kejap lagi balik-balik ada kambing depan rumah pulak," katanya.

Dalam pada itu, @ninis.khan juga berkongsi beberapa foto memaparkan ayam berkenaan bersama beberapa biji telur di atas parcelnya.

Dalam hantaran susulan, @ninis.khan memaklumkan suaminya telah memindahkan telur ayam berkenaan untuk memudahkan pergerakan mereka masuk ke rumah.

Telur ayam tersebut dipindahkan di bahagian bawah bersebelahan tempat ia bertelur namun ayam berkenaan tetap memilih untuk duduk di hadapan pintu.

"Laki kau dah alihkan telur dekat bawah tu, sebab susah kitorang nak masuk rumah kalau telur kat situ.

"Member takleh move one weyh, masih duduk tempat sama," ujarnya.

Image from: “Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tercuit dengan kejadian tersebut dan berseloroh ayam berkenaan sedang membantu @ninis.khan menjaga parcelnya.

Baca juga:
Image from: “Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah
Image from: “Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah
Image from: “Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah
Image from: “Outstation Seminggu Je!” Wanita Terkejut Ayam Bertelur Depan Pintu Rumah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved