
PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati penghantar p-hailing yang menghantar pesanannya melepaskan hajat di hadapan rumah lelaki berkenaan.
Menerusi perkongsian di Thread Harithzausan, kelakuan menjijikkan itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup yang terletak di bahagian atas pintu kediamanan tersebut.
“Macam ni ke mentaliti driver (pemandu) kamu? Kencing depan rumah orang macam tandas public (awam)?,” tulis hantaran itu.
Dalam rakaman tersebut kelihatan penghantar p-hailing itu meletakkan bungkusan di hadapan rumah itu sebelum dia pergi ke bahagian tepi rumah itu lalu membuang air kecil di situ.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai pengotor dan tidak beretika.
“Geli pengotor lepas itu tak basuh pegi ambil makanan orang lain pula. Tolong ambil tindakan tegas,” kata Dreamz.
“Kot ye pun tak tahan sangat ada penyakit bagai sampai tak boleh nak tahan pundi tu, kau pergilah cari semak ke longkang ke. Ni depan rumah orang gak kau pancut. Apa punya perangailah,” kata Mahzuz.
“Ini bukan mentaliti, tapi sakit mental kot?,” kata Shahrul. – KOSMO! ONLINE
The post Lepas hantar barang, kencing tepi rumah orang appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Banyaknya mak cik curi ikan masin](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-21-at-11.50.13-AM-1024x538.jpeg)



