Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas satu perkongsiannya di Threads didakwa mengandungi unsur provokasi terhadap pemain Malaysia dalam saingan FIFA ASEAN Cup 2026.
Menerusi perkongsian tersebut, Jennifer meluahkan rasa bangga terhadap suaminya yang juga pemain pertahanan skuad Garuda, Justin Hubner selepas Indonesia mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh pada Khamis.
AdvertisementView this post on Instagram
Kemenangan itu turut menyaksikan Indonesia melangkah ke final FIFA ASEAN Cup 2026 selepas menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan teratas. Hubner turut menyumbang satu gol dalam perlawanan tersebut.
Titip ucapan bangga buat suami
Selain berkongsi momen jaringan Hubner, Jennifer turut menitipkan ucapan buat suaminya menerusi kapsyen.

Sangat bangga dengan suami saya dan seluruh pasukan.
Doaku tak pernah putus untuk kamu suamiku. Awak telah kerja keras dan buktikan yang terbaik.
Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang daripada sebahagian netizen Malaysia yang mendakwa Jennifer seolah-olah menyindir dan cuba memulakan provokasi susulan persaingan sengit antara Malaysia dan Indonesia.
Dalam masa sama, terdapat juga pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai kurang profesional dan tidak matang ketika meraikan kemenangan pasukan suaminya.
Bagaimanapun, dakwaan mengenai unsur provokasi itu merupakan tafsiran sebahagian netizen dan Jennifer tidak menyatakan secara jelas bahawa perkongsian tersebut ditujukan kepada pemain atau penyokong Malaysia.
Malaysia dan Indonesia seri 0-0 sebelum ini
Untuk rekod, Indonesia sebelum ini bertemu Malaysia dalam aksi FIFA ASEAN Cup 2026 pada 28 September lalu di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 0-0 walaupun Indonesia terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Thom Haye dilayangkan kad merah pada babak pertama.
Dalam aksi berkenaan, Hubner turut menjadi antara pemain yang meraih perhatian selepas melakukan aksi menyelamat di garisan gol pada penghujung permainan bagi menafikan peluang Malaysia mendapatkan jaringan kemenangan.
Persaingan antara kedua-dua negara kemudiannya berterusan sehingga aksi terakhir kumpulan apabila Indonesia membelasah Bangladesh 9-2, manakala Malaysia menewaskan Singapura 6-0.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: Bekas Isteri Nubhan, Dr Fie Umum Sudah Bergelar Isteri Kali Kedua – “Ia Datang Daripada Allah…”
The post “Over Macam Bini Messi ” – Jennifer Coppen Cetus Perdebatan, Didakwa ‘Provoke’ Pemain Malaysia Selepas Indonesia Menang 9-2 Menentang Bangladesh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



