P. Pinang di kedudukan ke-69 bandar paling selamat

17 Sep 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: P. Pinang di kedudukan ke-69 bandar paling selamat

GEORGE TOWN – Pulau Pinang berada di kedudukan ke-69 daripada 402 bandar paling selamat di dunia berdasarkan laporan antarabangsa Numbeo 2026, dengan Skor Indeks Jenayah 28.9 dan Indeks Keselamatan 71.1.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pencapaian itu memberi gambaran positif mengenai tahap keselamatan semasa di negeri itu, selain mencerminkan keyakinan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian dalam suasana aman dan terjamin.

“Hari ini saya menerima taklimat keselamatan daripada Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng. Berdasarkan taklimat yang diterima, situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang kekal aman, stabil serta terkawal.

“Tiada sebarang insiden dilaporkan yang boleh menjejaskan kestabilan serta keharmonian negeri malah lebih membanggakan, berdasarkan laporan Numbeo 2026, Pulau Pinang berada di kedudukan ke-69 daripada 402 bandar paling selamat di dunia, dengan Skor Indeks Jenayah 28.9 dan Indeks Keselamatan 71.1,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya perkara yang menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

Katanya, kerajaan negeri juga mahu Pulau Pinang terus menjadi sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dan pembangunan, tetapi juga aman untuk didiami, selamat untuk keluarga serta harmoni untuk semua.

“Keamanan adalah tanggungjawab bersama, kerajaan, pasukan keselamatan dan seluruh masyarakat mempunyai peranan untuk memastikan keharmonian yang kita nikmati hari ini terus dipelihara.

“Pulau Pinang mesti terus menjadi tempat yang diyakini rakyat untuk hidup, bekerja dan membina masa depan,” katanya.

Numbeo antara pangkalan data kos sara hidup terbesar di dunia dan sumber global untuk data kualiti hidup. -BERNAMA

The post P. Pinang di kedudukan ke-69 bandar paling selamat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved