Pad Kekunci Gaming Razer Tartarus V2 Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM929

LocalGaming
18 Sep 2026 • 3:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jenama aksesori gaming Razer baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah lagi aksesori gaming baru, iaitu pad kekunci gaming Razer Tartarus V2 Pro, yang merupakan sebuah pad kekunci yang tersuai dan dibina khas untuk peminat-peminat tegar genre permainan MMORPG seperti Final Fantasy XIV, World of Warcraft ataupun Guild Wars 2.

Image from: Pad Kekunci Gaming Razer Tartarus V2 Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM929

Tartaris V2 Pro hadir dengan 31 kekunci terbina yang menggunakan suis Razer Analog Optical Gen 2 yang hadir dengan tahap pengaktifan 0.1 ke 4.0mm yang boleh diubahsuai mengikut keperluan pengguna, dan hadir dengan ketahanan penggunaan sehingga 100 juta klik.

Image from: Pad Kekunci Gaming Razer Tartarus V2 Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM929

Seperti papan kekunci Razer Huntsman V3 Mini yang kami telah ulas baru-baru ini, Razer Tartarus V2 Pro hadir dengan fungsi-fungsi gaming khas kepada Razer, seperti Rapid Trigger Mode, Razer Snap Flex dan pelbagai jenis pengubahsuaian melalui perisian Razer Synapse untuk membolehkan anda menyesuaikan kekunci-kekunci ini sebagai aksesori yang sesuai untuk anda sahaja. Pad kekunci ini hadir dengan 24 pemetaan kekunci berbeza merentasi tiga profil untuk akses mudah kepada corak penggunaan berbeza.

Image from: Pad Kekunci Gaming Razer Tartarus V2 Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM929

Butang Hypershift yang terbina membolehkan anda untuk menggunakan kekunci-kekunci sama untuk input yang berlainan, manakala butang profile membolehkan anda menukar profile kekunci, manakala butang keymap pula mengekalkan profil yang sama, tetapi menukar pemetaan kekunci dengan mudah. Kayuria pad kekunci ini juga menggunakan suis Tunneling Magnetoresistance (TMR) untuk memastikan bahawa ia tahan lama.

Image from: Pad Kekunci Gaming Razer Tartarus V2 Pro Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM929

Razer mengatakan bahawa aksesori pad kekunci Razer Tartarus V2 Pro ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan melalui pengedar rasmi produk-produk Razer pada harga RM929.

Sumber: Razer

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved