Razer Reclusa X Mini Ialah Papan Kekunci Bersaiz 65% Dengan Rekaan Tersuai Pada Harga RM239

TechnologyGaming
9 Sep 2026 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer telah memperkenalkan sejumlah papan kekunci mekanikal dan juga optikal untuk golongan gamer kebelakangan ini, dengan kami sendiri telah mengulas tentang Razer Huntsman HE Magnetic mereka baru-baru ini. Terkini, mereka nampaknya mahu memasuki pasaran custom keyboards atau papan kekunci tersuai dengan pengenalan papan kekunci terbaru mereka, Razer Reclusa X Mini.

Image from: Razer Reclusa X Mini Ialah Papan Kekunci Bersaiz 65% Dengan Rekaan Tersuai Pada Harga RM239

Papan kekunci ini hadir dengan saiz 65% yang secara ringkasnya hanya merumahkan kekunci-kekunci utama dan juga kekunci arah yang dilihat cukup popular dengan kumpulan penggemar papan kekunci bersaiz kecil. Seperti kebanyakan papan kekunci tersuai juga, papan kekunci Reclusa X Mini ini hadir dengan suis mekanikal yang boleh dicabut dan ditukar (hotswappable) menggunakan suis Razer Tactile Mechanical Switch Gen-3 yang boleh ditukar dengan suis-suis mekanikal 3-pin dan 5-pin yang lain.

Image from: Razer Reclusa X Mini Ialah Papan Kekunci Bersaiz 65% Dengan Rekaan Tersuai Pada Harga RM239

Dari segi binaan papan kekunci ini pula, ia dilihat hadir dengan komponen-komponen tambahan seperti plat yang diperbuat dari bahan PPS, peredam silikon untuk papan litar dan juga rangka papan kekunci semuanya boleh dibuahsuai mengikut kehendak pengguna untuk membina papan kekunci yang hadir dengan binaan, rupa dan bunyi yang diingini. Dari segi sambungan, Razer Reclusa X Mini menggunakan sambungan kabel USB Type-C.

Image from: Razer Reclusa X Mini Ialah Papan Kekunci Bersaiz 65% Dengan Rekaan Tersuai Pada Harga RM239

Aksesori Razer, khususnya papan kekunci mereka hadir dengan sistem pencahayaan RGB terbina, dan kali ini, lampu-lampu LED RGB tersebut hadir dengan rekaan yang menghala ke bawah (south-facing) yang menyokong lebih banyak rekaan penutup kekunci yang berbeza. Bercakap tentang penutup kekunci, Razer menawarkan penutup kekunci doubleshot ABS yang menjanjikan corak abjad dan nombor yang akan tahan lama.

Image from: Razer Reclusa X Mini Ialah Papan Kekunci Bersaiz 65% Dengan Rekaan Tersuai Pada Harga RM239

Sebagai sebuah jenama gaming, papan kekunci ini juga hadir dengan ciri-ciri gaming yang diperlihatkan oleh Razer, seperti Razer SnapFlex, SnapTap dan Dual Press yang memberi pengguna kelebihan yang tidak adil khususnya apabila bermain permainan-permainan multi-pemain.

Razer mengatakan bahawa papan kekunci Razer Reclusa X Mini sudahpun mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM239.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved