Padah Aksi Meriba Dalam Bas, Bekas Pemandu Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah

LocalPolitics
17 Apr 2026 • 12:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tindakan berani mati seorang pemandu bas ekspres akhirnya memakan diri apabila dia bersama kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin, Melaka hari ini.

Pemandu bas itu sebelum ini disiasat selepas tular video memaparkan aksinya meriba kekasih ketika sedang memandu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kekasihnya itu dilihat memegang stereng bas dan cuba memandu ketika berada di jalan raya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Larkin, Johor Bahru.

Aksi tular undang padah

Image from: Padah Aksi Meriba Dalam Bas, Bekas Pemandu Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah
Kredit Foto: Kosmo! / Amran Ali

Terbaru Harian Metro melaporkan, kedua-dua mereka dibawa ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi oleh anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Mereka juga dilihat tiba dalam keadaan bergari di pekarangan mahkamah.

Pssttt! Kes ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sikap bertanggungjawab terutama bagi mereka yang memegang amanah besar seperti membawa nyawa orang lain. Jangan jadikan kelalaian seketika sebagai punca tragedi yang tidak diingini. Harapnya ini jadi pengajaran buat semua agar keselamatan sentiasa diutamakan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Padah Aksi Meriba Dalam Bas, Bekas Pemandu Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah appeared first on Oh! Media.