Padah Berjudi Di Tempat Awam, Lelaki Dari Miri Didenda RM1000

26 Mar 2024 • 2:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara main judi dalam talian di tempat awam

Padah Berjudi Di Tempat Awam, Lelaki Dari Miri Didenda RM1000. Padah bermain judi dalam talian di tempat awam, seorang lelaki didenda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mustafa Hassan, 49, didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

image is not available
Padah Berjudi Di Tempat Awam, Lelaki Dari Miri Didenda RM1000. Sumber: Utusan Borneo

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, sekitar jam jam 5.15 petang semalam, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri telah pergi ke sebuah lot di Pujut Corner untuk mengesan aktiviti perjudian dalam talian.

Setiba di hadapan lot itu, mereka telah menahan seorang lelaki yang sedang bermain telefon bimbit untuk tujuan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan ke atas telefon pintar milik tertuduh mendapati ia ada memaparkan aplikasi judi dalam talian.

Berikutan itu, dia ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas untuk dijadikan barang kes.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Randu Rangen manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Baca lagi artikel menarik: