Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching

19 Sep 2023 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tergamak mahu bunuh ibu kandung

Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching. Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini,hari ini, kerana mengugut hendak membunuh ibunya yang berusia 70 tahun kerana tidak memberikan wang diminta.

Mohammad Hanafiah Omar, 47, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

image is not available
Padah Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tidak Diberi Duit, Lelaki 47 Tahun Didenda RM5K Di Kuching. Kredit: Google

Menurut laporan dari Suara Sarawak, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Taman Sukma, kira-kira jam 7 malam, 15 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sekitar jam 7 malam, 15 Julai lalu, di kediaman mereka, anak pengadu telah meninggikan suara kepada pengadu dan suaminya.

Punca kejadian kerana pengadu enggan memberikan wang yang diminta seterusnya bertindak cuba membaling botol minyak wangi.

image is not available

Selain itu, tertuduh juga menghalau ibunya keluar dari rumah sambil memberi amaran hendak membunuh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik: