Harga Durian Jadi RM3,000 Gara-Gara ‘Rudu’ Pintu Kedai Di Kuching, Lelaki Ini Dikenakan Denda

31 Aug 2023 • 8:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara tidak puas hati dengan durian yang dibelinya

Harga Durian Jadi RM3,000 Gara-Gara ‘Rudu’ Pintu Kedai Di Kuching, Lelaki Ini Dikenakan Denda. Hanya kerana kecewa dengan kualiti durian yang dibelinya, seorang lelaki telah bertindak ekstrem dengan melanggar pintu besi kedai milik peniaga durian di Kuching.

Difahamkan bahawa individu tersebut melanggar pintu besi kedai (roller shutter) milik seorang peniaga menggunakan kenderaan SUV mewahnya hanya kerana merasa tidak puas hati dengan buah durian yang dia beli.

image is not available
Harga Durian Jadi RM3,000 Gara-Gara ‘Rudu’ Pintu Kedai Di Kuching, Lelaki Ini Dikenakan Denda. Gambar sekadar hiasan

Tindakan ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM5,000 kepada pemilik kedai.

Chiew, berusia 34 tahun, telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi dan dikenakan denda RM3,000. Beliau juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut, menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 11 Ogos 2023, sekitar pukul 5.30 pagi di sebuah premis di Kempas Height.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Tertuduh mengaku telah melanggar penutup pintu mangsa sebanyak dua kali

Berdasarkan hasil siasatan, CCTV yang terpasang di luar kedai telah merakam seluruh kejadian tersebut termasuk nombor pendaftaran kereta tertuduh. Dia mengaku telah melanggar pintu kedai tersebut sebanyak dua kali.

Menurut tertuduh, alasan dia melakukan tindakan ini adalah kerana merasa tidak puas hati dengan kualiti durian yang dibelinya. Dia mendakwa bahawa durian tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang dijanjikan dan merasa seperti ditipu oleh peniaga tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: