Padah ugut tumbuk muka, lelaki didenda RM5,500

25 Nov 2026 • 6:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Padah ugut tumbuk muka, lelaki didenda RM5,500

AYER KEROH – Seorang lelaki didenda RM5,500 selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan seorang lelaki di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shamsuri Mohd Norman, 52. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap Muhamad Hassan Zaid Ramli, 52, dengan berkata, ‘Kalau kau buat lagi, aku pukul kau, aku tak peduli siapa kau, aku boleh tumbuk pecah muka kau’.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di kawasan tepi laut, Pulau Besar, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sengaja mencederakan mangsa di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menemui mangsa di kedai makan sebelum membawanya ke tepi laut sebelum memegang kolar baju dan leher mangsa serta menolak muka lelaki itu beberapa kali.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Alia Safri memohon hukuman berat, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap, selain perlu menjaga ibu bapanya.

The post Padah ugut tumbuk muka, lelaki didenda RM5,500 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved