“Padahal bangunan DBKL depan tu je” – Tular Peniaga Haram Beroperasi Depan Stesen LRT Masjid Jamek

28 Jan 2026 • 4:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Media sosial kini tular dengan foto peniaga haram menjalankan operasi peniagaan betul-betul di hadapan pintu masuk LRT Masjid Jamek.

Apa yang membuat ia menjadi tumpuan warganet di Threads adalah apabila mereka mempersoalkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang seolah-olah membiarkan perkara ini berlaku sedangkan dakwa netizen, bangunan DBKL tersebut terletak berhampiran dengan lokasi itu.

Artikel berkaitan: DBKL Sita Barangan Penjaja Tanpa Lesen Milik Warga Asing Yang Menjaja Depan Sekolah

Artikel berkaitan: DBKL Kompaun Individu Buang Puntung Rokok Di Tempat Awam

“Padahal bangunan DBKL depan tu je”

Dalam foto berkenaan, dapat dilihat peniaga itu menjual keropok lekor, goreng pisang dan makanan segera lain yang tersusun di atas meja. Beberapa orang juga kelihatan berada berdekatan dengan tempat jualan berkenaan.

image is not available

image is not available

Situasi ini sekaligus membuatkan netizen berasa bengang kerana perkara ini bakal menyebabkan  tahap kebersihan di kawasan tersebut terganggu kerana lantai batu di situ akan meninggalkan kesan minyak.

Bahkan majoriti netizen juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.