“Padahal orang tu cakap bahasa Arab”- Kelakar! Pak Cik Tadah Tangan Sebab Ingatkan Lelaki Ini Baca Doa

Entertainment
18 Feb 2023 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pak cik baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai terutamanya pengguna Twitter dan TikTok apabila gelagatnya menadah tangan untuk berdoa telah menghiburkan orang ramai.

Mesti korang pelik, dah kenapa pulak orang berdoa pun terhibur? Rupa-rupanya pak cik tersebut telah salah faham bahawa lelaki yang berdiri di sebelahnya itu sedang berdoa sedangkan lelaki tersebut hanyalah sedang bercakap dalam bahasa Arab.

Video gelagat pak cik tersebut telah dikongsikan di TikTok dan Twitter dan ia kemudiannya telah meraih perhatian ramai.

Yang kelakarnya, apabila lelaki yang disangka sedang membaca doa itu selesai bercakap dalam bahasa Arab, pak cik itu juga dilihat mengaminkan kata-kata lelaki itu kerana dia menyangka ia adalah doa.

image is not available

Takpelah pak cik, tak salah pun pak cik nak aminkan kata-kata tu. Yang penting, pak cik ini ada niat baik kan.

image is not available

Ada juga netizen yang mengatakan gelagat pak cik itu sangat comel kerana dia sangat innocent.

image is not available

image is not available

Biasa la tu kan, bukan semua orang fasih bahasa asing ni. Untuk korang yang faham bahasa Arab, cuba share sikit translation apa yang lelaki tu cakap sebenarnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.