
Perasan tak cuaca pada pagi hari cerah dan panas terik namun sebelah petang pula ribut petir? Ini bermaksud berlakunya Fasa Peralihan Monsun!
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan mengenai Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula 23 Mac dan berterusan hingga pertengahan Mei ini.
Fasa Peralihan Monsun bermaksud tempoh peralihan antara dua monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut yang berlaku bermula pertengahan Mac hingga Mei dan September hingga Oktober.
: .
Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 23 Mac 2023 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2023. #metmalaysia#PeralihanMonsun#NRECC#MalaysiaMADANI pic.twitter.com/IHwrd23JEB
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 20, 2023
Berikut antara ciri-ciri yang kita perlu tahu tentang corak cuaca ketika musim peralihan monsun ini:
- Langit cerah pada waktu pagi
- Kerap berlaku ribut petir dan hujan lewat pada waktu petang hingga lewat malam
- Berpotensi berlaku puting beliung dan hujan batu
- Berlaku di kebanyakan kawasan di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.
- Angin lemah dari pelbagai arah
Manakala beberapa impak cuaca akibat daripada peralihan monsun seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sambaran kilat.
Jika berlaku ribut petir, orang ramai disarankan:
- Elak berada di kawasan lapang
- Jangan berlindung atau parkir kenderaan di bawah pokok
- Jauhi struktur yang tidak kukuh
- Waspada kehadiran kepada air di kawasan air terjun

Justeru, dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

