Mesti ramai kan yang dah layan drama “Karma” di Netflix?
Berkat lakonannya yang mantap, Lee Kwang-soo telah berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Blue Dragon Series Awards, untuk wataknya sebagai Han Sang-hun dalam siri tersebut.
Semasa ucapan penerimaan anugerahnya, lelaki itu khususnya telah menghiburkan ramai dengan berkongsi,
Pagi ini, saya dapat panggilan daripada Doh Kyung-soo. Dia kata dia mimpi saya mati akibat jangkitan pemindahan rambut. Saya terus tutup telefon selepas memakinya. Ternyata, itu adalah petanda perkara baik akan berlaku. Jadi, terima kasih Doh Kyung-soo.
lee kwangsoo acceptance speech
“this morning doh kyungsoo called me and said he saw a dream of me dying while doing a hair transplant. i cursed him a lot and cut off the line but turns out it was a good omen. so thank you to doh kyungsoo.”
— pras (@hyovrse) July 18, 2025
Untuk pengetahuan, Lee Kwang-soo dan Kyung-soo pertama kali bekerjasama pada 2014 menerusi drama “It’s Okay, That’s Love” dan telah mengekalkan hubungan rapat hingga ke hari ini.
Tahniah Lee Kwang-soo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Pagi Tadi Saya Dapat..” – Menang Anugerah ‘Pelakon Pembantu Terbaik’, Ucapan Lee Kwangsoo Buat Ramai Terhibur first appeared on KimchiDaily.my.


