Pahang bangunkan tapak komersial berdekatan stesen ECRL

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 9:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pahang bangunkan tapak komersial berdekatan stesen ECRL
Wan Rosdy ketika Program Town Hall Rakyat Sinar Harian di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Isnin.

KUALA LIPIS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif membangunkan tapak komersial dalam radius 15 hingga 16 kilometer dari stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai usaha untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif diambil sebagai persediaan menerima limpahan pelancong yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

"Saya telah minta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengkaji lebih lanjut (pembinaan tapak komersial) supaya dapat memberi manfaat kepada orang-orang Pahang.

"Dalam keadaan belum ada kereta api laju (ECRL) ni pun kesannya banyak. Kadar pengangguran kita berjaya kurangkan, kadar pelancong datang ke Pahang dipertingkatkan dan apatah lagi dengan ada ECRL yang meliputi tujuh stesen di Pahang yang panjangnya 150 kilometer dan akan berlaku limpahan ekonomi.

"Sehubungan itu, saya harap rakyat Pahang bersedia untuk menerima kehadiran pelancong. kampung-Kampung, pengangkutan kita akan pertingkatkan supaya jaringan pengangkutan pergi ke stesen akan dipermudahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, sebuah pangsapuri mampu milik juga akan dibangunkan di Bentong bagi menyokong limpahan ekonomi di kawasan berkenaan.

"Kami telah pun membuat pecah tanah untuk membuat pangsapuri mampu milik di Bentong yang akan dibina bila-bila masa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved