Pahang perkukuh industri emas, meterai kerjasama pelaburan strategik

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pahang perkukuh industri emas, meterai kerjasama pelaburan strategik
Mohamad Nizar menyaksikan pemeteraian MOA antara Darul Makmur Aurum Sdn Bhd dan Grayscale Asia-Pacific Group Co Limited di sebuah hotel. Foto Mohamad Nizar

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus meneroka peluang pelaburan dalam sektor industri bernilai tinggi menerusi kerjasama strategik antara syarikat tempatan dengan rakan antarabangsa dalam industri penapisan emas dan logam berharga.

Usaha itu direalisasikan menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) antara Darul Makmur Aurum Sdn Bhd dan Grayscale Asia-Pacific Group Co Limited.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, kerjasama itu membuka ruang kepada pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran serta pembangunan keupayaan industri.

Menurutnya, ia juga bertujuan mewujudkan peluang pelaburan dan mengembangkan rangkaian perniagaan ke pasaran serantau serta antarabangsa.

"Pemeteraian ini merupakan permulaan kepada usaha membina kerjasama jangka panjang yang berteraskan kepercayaan, komitmen dan manfaat bersama.

"Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada perkembangan industri emas negara, membuka lebih banyak peluang ekonomi dan membawa manfaat kepada negeri Pahang serta Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, Mohamad Nizar menyaksikan pemeteraian MOA antara Darul Makmur Aurum Sdn Bhd dan Grayscale Asia-Pacific Group Co Limited di sebuah hotel.

Beliau berkata, kerjasama strategik itu turut menyokong usaha memperkukuh kedudukan Pahang sebagai destinasi pelaburan dan pembangunan industri bernilai tinggi.

Jelasnya, pada masa sama, kerjasama antara syarikat Malaysia dengan rakan antarabangsa itu diharap dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada negeri Pahang dan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved