Selangor, Pahang perkukuh kerjasama agromakanan, keterjaminan makanan

LocalFood
29 Sep 2026 • 1:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor, Pahang perkukuh kerjasama agromakanan, keterjaminan makanan

SHAH ALAM, 29 SEPT: Selangor dan Pahang bakal memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor agromakanan dan keterjaminan makanan, termasuk meneroka beberapa cadangan projek pertanian bernilai tinggi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan perkara itu dibincangkan ketika pihak pengurusannya menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 28 September lalu.

Menurut PKPS, sesi menghadap itu diadakan bagi menyampaikan mandat Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk memperluas kerjasama antara kedua-dua negeri.

“Kerjasama yang dibincangkan merangkumi bidang agromakanan dan keterjaminan makanan, termasuk beberapa cadangan projek pertanian bernilai tinggi,” menurut kenyataan PKPS di Facebook.

PKPS berharap jalinan kerjasama berkenaan dapat terus diperkukuh dan memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat Selangor serta Pahang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved