Pak belang muncul di jalan Jelawang-Gua Musang

LocalEnvironment
11 Sep 2024 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar yang menunjukkan seekor harimau belang atau pak belang muncul di jalan Jelawang-Gua Musang di Kuala Krai pada Selasa.

KUALA KRAI - Seekor harimau belang atau pak belang muncul di jalan Jelawang-Gua Musang di sini pada Selasa.

Kelibat haiwan liar itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang kemudian memuat naik video tersebut di laman sosial Facebook miliknya iaitu Ahmad Faisal Abas.

Ahmad Faisal menerusi hantaran itu menulis Maybank kat jalan Jelawang Gua Musang.

Rakaman itu jelas menunjukkan pak belang sedang melintas jalan dan kemudian masuk ke kawasan hutan berhampiran dengan lokasi tersebut.

Perkongsian Ahmad Faisal itu dikongsi oleh 105 orang pengguna Facebook dan menerima 232 reaksi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani mengesahkan menerima laporan berhubung kemunculan haiwan liar terbabit.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.