Pak cik 70 tahun terkejut 18 talian didaftarkan atas namanya – PPIM

20 Aug 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pak cik 70 tahun terkejut 18 talian didaftarkan atas namanya – PPIM

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun terkejut apabila mendapati sebanyak 18 talian telefon didaftarkan atas namanya, sedangkan dia hanya mendaftar satu talian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan mendakwa, lelaki berkenaan turut berdepan bayaran sebanyak RM40 sebulan bagi talian yang didaftarkan menggunakan namanya.

“Pak cik ini berusia 70 tahun. Dia hanya mendaftarkan satu talian, tetapi kemudian mendapati sebanyak 18 talian didaftarkan atas namanya.

“Selepas itu, kena bayar RM40 sebulan. Kalau tidak bayar, jadi CTOS. Jadi kita pun takut CTOS, esok ada masalah,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, di sini hari ini.

Nadzim berkata, situasi itu menunjukkan pengguna boleh berdepan masalah kewangan apabila talian didaftarkan menggunakan identiti mereka tanpa pengetahuan.

Beliau berkata, industri telekomunikasi perlu lebih jujur dan ikhlas bagi menangani isu berkenaan.

“Benda ini industri telekomunikasi kena lebih jujurlah. Pada saya, mereka perlu lebih jujur. Mereka perlu lebih ikhlas,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya menggesa Menteri Komunikasi memanggil Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pak cik 70 tahun terkejut 18 talian didaftarkan atas namanya – PPIM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved