Tiga perombak larikan 2.5 kg barang kemas bernilai RM1.74 juta di Genting Highlands

18 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga perombak larikan 2.5 kg barang kemas bernilai RM1.74 juta di Genting Highlands

BENTONG: Sebanyak 81 barang kemas dengan berat keseluruhan 2.5 kilogram dianggarkan bernilai RM1.74 juta dilarikan tiga perompak kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, perompak tersebut melarikan diri menggunakan kereta BMW yang didaftarkan atas nama seorang lelaki di Ampang, Selangor.

“Siasatan awal mendapati kejadian pukul 11.39 pagi semalam membabitkan tiga suspek lelaki memakai penutup muka, topi dan jaket. Ketiga-tiga suspek dipercayai memasuki premis dengan bersenjatakan kapak dan kuku kambing.

“Suspek mengumpil dan memecahkan cermin pameran barang kemas sebelum mengambil lima bekas barang kemas yang mengandungi 81 barang kemas pelbagai jenis dengan berat keseluruhan 2.5 kilogram bernilai RM1,747,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azry Akmar berkata, kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh lebih kurang dua minit sebelum ketiga-tiga suspek keluar dari premis pada pukul 11.41 pagi.

Beliau berkata, ketika kejadian dua pekerja berada dalam premis iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan manakala seorang lagi pekerja perempuan keluar untuk berehat.

“Tiada pelanggan dalam premis ketika kejadian dan tiada pengawal keselamatan ditugaskan di premis itu serta tiada kecederaan dilaporkan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh hubungi Inspektor Nurul Aqilah Azmi di talian 011-31759522 atau balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

The post Tiga perombak larikan 2.5 kg barang kemas bernilai RM1.74 juta di Genting Highlands appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved