
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai penyelia keselamatan sebuah kondominium tumbang secara ‘knock out’ (KO) selepas mengajak seorang lagi lelaki untuk bergaduh.
Menerusi video tular di media sosial, penyelia keselamatan yang memakai baju hitam itu dilihat memulakan provokasi sehingga mereka akhirnya berkelahi.
Lelaki yang menumbuk penyelia keselamatan itu bukan lah individu biasa, sebaliknya seorang atlet amatur dan jurulatih Mixed Martial Arts (MMA) bernama Tony Lim yang berusia 22 tahun.
Baca Artikel Berkaitan: “KO Before The Bell” – Tular Pak Guard Ajak Bergaduh, Sekali Tumbang Makan Penumbuk [Video]
Tony tampil beri penjelasan, dia hanya mempertahankan diri
Terbaharu, Tony tampil memperjelas tentang apa yang berlaku semasa menjawab panggilan video yang dilakukan oleh penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram Caprice, Tony mendakwa bahawa lelaki berkenaan yang mulakan dahulu provokasi.
“Lelaki itu yang mulakan, dia yang provoke saya. Jadi saya hanya pertahankan diri seperti yang boleh dilihat dalam video,” katanya.
Dakwa pak guard sebelum ini pukul seorang warga emas
Ketika ditanya mengenai punca sebenar kejadian, Tony berkata bahawa sebelum kejadian itu sudah tular di media sosial video lelaki terbabit memukul seorang warga emas dipercayai bapa kepada seorang penduduk kondominium berkenaan.
Menurut Tony, dia yang kebetulan berada di sana dan melihat kejadian itu telah disyaki menyebarkan video berkenaan. Pada malam kejadian pula, dia turun ke bawah untuk mengambil sesuatu dan lelaki berkenaan bersama dua individu lain telah menuding jari ke arahnya.
“Jadi saya pergi dekat dan bertanya ‘kenapa awak tunjuk saya? Apa masalah awak?’ Selepas itu bos dia tanya saya ‘awak ke orang yang tularkan video itu? Awak ke yang komen dalam video itu?’” katanya lagi.
Tony nafi tularkan video lelaki terbabit pertengkaran
Tony memperjelaskan bahawa dirinya bukanlah individu yang menularkan rakaman tersebut dan memberi komen di dalam video terbabit.
Menurutnya lagi, selepas kejadian pergaduhannya dengan penyelia keselamatan itu, lelaki terbabit terus diberhentikan kerja.
“Sebagai seorang yang belajar seni bela diri, saya cuma nak pertahankan diri. Saya tak nak provoke sesiapa. Saya cuma nak turun ambil barang, lepas itu saya nak tidur. Itu sahaja niat saya. Saya tak nak cari masalah,” ujar Tony.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pengurus kondominium dan juga syarikat pengawal keselamatan berhubung insiden itu.



