Pakai Gaun Senteng Ketika Paris Fashion Week, Ramai Mula Terkedu Tengok Penampilan Terkini Madonna

EntertainmentLifestyle
25 Jun 2026 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft madonna

Selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas dengan fasa peralihan umur, baru-baru ini, penampilan bintang Hollywood terkemuka, Madonna telah mencuri tumpuan netizen semasa berada dalam acara Paris Fashion Week.

Dalam video yang sedang tular Madonna dilihat sedang ingin menuju ke kenderaan MPV miliknya dengan mengenakan gaun pendek berwarna biru muda bersama kasut but dan jaket berwarna perak.

Artikel berkaitan: 7 Penyanyi Yang Tak Suka Dengan Lagu Sendiri Walaupun Lagu Hit Teruk!

Artikel berkaitan: 4 Selebriti Hollywood Yang Ada ‘Childhood Trauma’ Sebelum Popular

“Dah nenek-nenek dah gayanya”

Menjengah ke ruangan netizen, rata-rata kurang senang melihat penampilan penyanyi lagu Vogue yang hampir mencecah 70-an itu.

“Dah nenek-nenek dah gayanya”

“Apa yang dia pakai tu? Nampak tak masuk akal untuk wanita berumur”

“Minta maaf, cara awak berjalan tak padan dengan pakaian awak.”

“Dia 67 tahun, tapi berpakaian seperti 17 tahun. Saya tak rasa dia terima umur dia. Ia tak membuat dia nampak muda pun.”

Walau bagaimanapun ada yang anggap ia bukan satu perkara aneh memandangkan Madonna seorang bintang yang besar.

Madonna merupakan penyanyi yang juga antara seorang ikon fesyen terbesar sepanjang lebih 4 dekad penglibatannya dalam dunia hiburan. Keyakinannya dalam mengenakan pelbagai jenis stail busana dan gaya dalam ekspresi diri telah memberi inspirasi kepada ramai pereka antarabangsa.

Sumber: Threads, grazia.my

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved