Pakai jubah pun tak selamat! Lelaki cuba curi-curi rakam bawah kain wanita

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 8:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Pakai jubah pun tak selamat!”

Demikian luahan warganet mengenai video tular di sebuah pasar raya di Jenjarom, di sini, minggu lalu.

Menerusi video tular, jelas memaparkan seorang lelaki bertindak merakam bahagian bawah kain seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang memegang troli di premis berkenaan.

Berdasarkan rakaman, suspek berjalan menuju ke arah wanita sebelum mencangkung dipercayai untuk mengambil gambar dari bawah kain dipakai wanita terbabit.

Selepas disedari wanita terbabit, lelaki berkenaan berpura-pura seolah hendak mengambil serta membelek kotak di lokasi itu.

image is not available

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima kes gangguan seksual daripada mangsa tempatan itu kira-kira pukul 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

“Mangsa kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu dan mendapati suspek telah mengangkat kain dan cuba merakam ke arah bawah
pakaian tersebut,” katanya hari ini.

image is not available

Tambah Akmalrizal, pihaknya masih giat mengesan suspek terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Pakai jubah pun tak selamat!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat pakaian seseorang tidak menjamin keselamatan dan privasi ketika berada di luar, terutama golongan wanita.

Hal ini demikian kerana suspek dilihat memakai jubah dan tidak mencolok mata sehingga boleh ‘merangsang nafsu’ seseorang.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungiBilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan.