Polis kesan lelaki rakam bawah kain wanita di pasar raya Jenjarom

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 8:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas dipercayai menjadi mangsa perbuatan tidak sopan seorang lelaki yang cuba merakam dari bawah kainnya di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan itu diterima pihaknya pada jam 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

“Wanita berkenaan melaporkan dia dirakam seorang lelaki tempatan ketika sedang membeli-belah di pasar raya tersebut.

“Setelah menyedari kejadian itu, mangsa melakukan pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan bertindak mengangkat kainnya serta merakam dari bawah,” katanya.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dilaksanakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.