“Pakai lampin, minum botol” – Prank Kawan Dengan Pakaian Kanak-kanak Ketika Kenduri Kahwin Buat Netizen Terhibur

Entertainment
18 Jun 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila kita dapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kita, kita mesti nak bersiap dan pakai pakaian yang paling kemas. Iyelah, nak menghormati majlis dan meraikan raja sehari kan.

Lain pula yang berlaku di negara jiran kita apabila sekumpulan lelaki mendapat jemputan ke kenduri kahwin sahabat mereka. Kumpulan lelaki itu nekad untuk prank kawan mereka yang hari bahagianya dengan berpakaian kanak-kanak. Korang boleh tengok gelagat mereka dalam video @komediseriyus kat bawah ni.

 

Siap pakai lampin lagi

Eee… geram je min tengok perangai sorang-sorang. Nasib baik pengantin tu sporting je kan. Kalau dapat yang jenis cepat emo tu, mau rosak majlis.

image is not availableNi setakat jiwa kanak-kanak, ni berpakaian seperti kanak-kanak. Siap dengan botol minum, payung, basikal roda lagi.

image is not availableHaaa… sebab tu lah kot ada sorang dalam video tu amik daun pastu lipat duit letak dalam. Mungkin nak mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu.

image is not availableDah lah dari mula video sampai habis lawak, kena pulak yang part last tu dia marah pengantin sebab terjatuh sendiri. Terhibur min tengok gelagat dorang dalam video tu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.