
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Apabila mendengar berita kenalan rapat atau ahli keluarga bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, sudah tentu anda berasa teruja menunggu kedatangan si kecil. Memang rasa geram lihat telatah dan kecomelan mereka selepas dilahirkan.
Pun begitu, ada segelintir pihak yang tidak berhati-hati semasa menziarahi sehingga ia memudaratkan kesihatan bayi tersebut.
Ia bukan sahaja membuatkan bayi tidak selesa atau sakit, malah membuatkan ibu bapanya susah hati melihat anak mereka yang tidak bermaya.
Pakar Perjelas Bahaya Cium Bayi Orang Lain
Sebelum ini, seorang Pakar Pediatrik, Dr Nisa Khalil menerusi hantaran di akaun Threads miliknya ada berkongsi tentang masalah dan penyakit yang dilalui oleh bayi disebabkan kecuaian orang sekeliling.
Antara perkara yang kerap dilakukan orang ramai ketika melawat bayi yang baru dilahirkan adalah menciumnya. Kalau anda nak tahu, aksi sebegitu boleh membawa bahaya kepada si kecil.
Lebih parah lagi apabila ia boleh mengundang maut. Berbicara tentangnya, Dr Nisa telah berkongsi satu kes yang pernah terjadi di United Kingdom (UK) sebelum ini.
Seorang ibu muda telah kehilangan anaknya dikenali sebagai Violet yang baru sahaja berumur satu bulan. Kematian itu berpunca daripada penyakit virus herpes (HSV-1).
Penyakit terbabit tidak dihidapi oleh bayi tersebut sejak lahir, namun berkemungkinan besar disebabkan ciuman dari orang luar.
Antara tanda-tanda awal dilalui oleh si kecil adalah:
- Kurang menyusu
- Badan lemah
- Jaundis iaitu keadaan di mana kulit, sklera mata dan membran mukus menjadi kuning
Tidak lama selepas itu, Violet mula mengalami demam panas dan didiagnos Herpes Neonatal.

Sumber: FB Abbie Rowell
Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Pembawa Virus Herpes (HSV-1)
Bagi golongan dewasa, HSV-1 dikenali sebagai virus cold sore (luka sejuk/luka lepuh) yang tidak begitu serius.
Bagaimanapun jika virus itu dijangkiti oleh bayi, ia boleh mendatangkan padah sehingga membuatkan imun badan mereka lemah sebagai contoh membawa kerosakan kepada saraf otak, hati dan juga mengundang maut.
Namun dalam kes Violet itu, tidak ada seorang pun di antara ahli keluarganya yang mengalami cold sore. Menurut doktor bertugas, sesiapa sahaja boleh menjadi pembawa kepada virus berkenaan termasuklah orang luar yang mencium si bayi.
“Kadangkala virus aktif tanpa kita tahu. Cium pipi, tangan, dahi. Dah cukup untuk pass virus tu,” kata beliau.

Sumber: Freepik
Virus Kecil Melalui Ciuman Boleh Ragut Nyawa Bayi Orang Lain
Apabila Violet dipindahkan ke hospital, organ dalaman seperti hati dan jantung sudah tidak lagi berfungsi. Dia juga mengalami sawan dan tidak sempat untuk melakukan prosedur pemindahan hati hingga menyebabkannya meninggal dunia pada umur hanya satu bulan.
“Jadi kalau awak rasa, ‘Alah, tak kan nak pegang baby pun tak boleh? Kenapa over sangat?’ Saya nak cakap, inilah sebabnya. Sebab satu virus kecil boleh hancurkan hidup satu keluarga,” ujar Dr Nisa.
Di akhir perkongsian, Dr Nisa sekali lagi menasihati orang ramai untuk tidak mencium bayi orang lain, membasuh tangan dengan bersih sebelum menyentuh dan jangan dekati si kecil sekiranya tidak sihat.
“Enam minggu pertama, penting gila. Kalau bayi nampak pelik, senyap dan lembik terus ke hospital. Ni bukannya nak menakutkan, tetapi nak selamatkan,” jelas pakar tersebut.
Badan Bayi 6 Bulan Penuh Dengan Bintik Merah & Putih Akibat Herpes
Satu kes lain yang pernah berlaku adalah apabila seorang bayi bernama Oarlah, bertarung dengan penyakit herpes pada usia enam bulan.
Antara gejala dialami si kecil ini adalah tubuh, kepala dan muka dipenuhi bintik-bintik merah serta putih, termasuk yang ditemui dalam mata kirinya. Selain wajahnya yang bengkak, bayi itu juga mengalami selesema.
“Saya cuba melindungi anak saya, bagaimanapun dia masih terkena virus yang dahsyat ini. Orang menganggap saya paranoid apabila saya berkata saya tidak mahu sesiapa mencium Oarlah ketika dia dilahirkan, tetapi ia (teguran) seolah-olah tidak berjaya,” kata ibu kepada si kecil, lapor Astro Awani.
Untuk info, herpes ini juga boleh dijangkiti melalui sentuhan tangan. Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu berhati-hati apabila berdekatan dengan bayi.
Pantang Larang Ziarah Ibu & Bayi Baru Lahir
Sebelum ini, seorang coach parenting dikenali sebagai Taufiq Razif ada berkongsi beberapa pantang larang apabila menziarahi ibu pantang dan bayi yang baru dilahirkan. Antaranya:

- Jangan sesuka hati cium bayi orang lebih-lebih lagi jika tidak minta izin ibu bapanya.
- Jangan sesekali duduk dekat dengan bayi jika anda merokok.
- Jangan dukung bayi sambil memegang cawan panas di tangan.
- Jangan terlampau memberi tips parenting kepada ibu muda sebaliknya memberikan sokongan.
- Elak mengejutkan bayi yang sedang tidur.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Info Herpes, Boleh Berjangkit Secara Oral Jika Kongsi Barangan Makeup!
Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Cium Pipi Anak, Ibu Ini Kesal Anaknya Dijangkiti Virus HSV
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Handle Makanan”- Ramai Bimbang
Source:

![Nak Healing Tepi Laut? Jom Travel Ke Sihanoukville & Koh Rong Di Kemboja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)

![Imam Jelaskan Sebab & Cara Melakukan Sujud Sahwi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
![3 Wanita Warga Asing Kongsi Perkara Di Malaysia Yang Awalnya Pelik Tapi Kini Disukai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)