Pakar tulisan tangan beri keterangan inkues Zara Qairina

23 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pakar tulisan tangan beri keterangan inkues Zara Qairina
Dr Linthini hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina pada Selasa

KOTA KINABALU - Pakar pemeriksa tulisan tangan dan dokumen, Dr Linthini Gannetion akan memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner, di sini, pada Selasa.

Beliau merupakan saksi ke-74 yang dikemukakan pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Keterangan beliau akan didengar Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Inkues dikendalikan pegawai pengendali iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar.

Bagaimanapun, pelajar itu disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved