“Pakcik cakap kena k*ss dalam kereta” – Pemandu Ci*m Budak, Ibu Kesal Kes Diklasifikasikan NFA

Entertainment
12 Jun 2025 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur menjadi mangsa gangguan seksual individu yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, aktivis sosial dan rappers terkemuka, Caprice mendedahkan aduan seorang wanita berkenaan anak perempuannya yang mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual seorang pemandu murid sekolah.

Menurut wanita itu, dia sudah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa, namun dia kesal apabila mendapat tahu bahawa kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Anak perempuan saya kena cium dengan pemandu. Saya telah buat laporan polis. Anak saya terpaksa lalui pelbagai proses sebagai langkah SOP. Tapi keputusannya? NFA,” kata wanita itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Pakcik tu cakap kena kiss di dalam kereta”

Dalam video berkenaan, kedengaran kanak-kanak perempuan itu ditanyakan mengenai situasi yang dialaminya ketika dengan pemandu tersebut.

Bila nak balik, pakcik tu cakap kena kiss dia dalam kereta. Dekat pipi. Pakcik kiss saya. Tapi saya boleh kiss dia juga,” kata kanak-kanak tersebut.

image is not available

Malah kanak-kanak itu juga mengaku yang dia pernah mencium pemandu yang digelar pakcik itu ketika tiada pelajar lain di dalam kereta.

Dia juga memberitahu yang ‘pakcik’ tersebut membuat perbuatan itu di dalam kereta kerana bimbang dilihat orang lain.

Sebab malu, pakcik cakap nanti malu pula,” kata mangsa.

Caprice dalam postingnya juga berkata, pihaknya kini sedang mencari mangsa-mangsa lain yang pernah mengalami situasi yang serupa supaya kes tersebut boleh dibawa ke muka pengadilan.

Kita tengah cari mangsa-mangsa lain untuk berani ke depan supaya we can build a stronger case.

“Pelaku atau suspek dalam kes ni masih bebas, dan masih bawa budak sekolah sampai hari ni,” katanya.

Makin hari, makin banyak kes macam ni berlaku. Apa-apapun sentiasalah berhati-hati dan jaga keselamatan anak anda.

Sumber: mStar, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.