Lelaki Dakwa Diganggu Pakcik Jual Belon, Tawar RM50 Untuk Tengok ‘Bebird’

11 Jun 2025 • 5:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di zaman ini, tidak dinafikan bukan hanya wanita yang berisiko berdepan masalah gangguan seksual, malah lelaki juga boleh menjadi mangsa.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki mendakwa telah diganggu seorang penjual belon semasa dia berada di Genting Highlands.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, lelaki itu menceritakan pada awalnya individu terbabit menawarnya belon secara percuma.

Penjual belon ajak makan pisang goreng sebelum tawar RM50 untuk tunjuk kemaluan

Bagaimanapun, penjual belon itu kemudian dirinya mengikuti lelaki itu ke sebuah bilik untuk menikmati pisang goreng.

Dakwanya, penjual belon yang digelarnya ‘pak cik’ itu secara tiba-tiba meminta dirinya untuk menunjukan kemaluan dengan menawarkan wang berjumlah RM50.

Terkejut mendengar permintaan penjual belon itu, lelaki terbabit bertindak melarikan diri ke sebuah kawasan parkir terbuka sebelum membuat video berkenaan.

Polis gesa lelaki dakwa diganggu penjual belon tampil buat laporan

Video tersebut yang sohor di media sosial telah meraih perhatian ramai termasuk pihak polis yang memintanya untuk tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, tiada laporan polis diterima berkaitan kes itu setakat ini.

“Pihak polis memohon pemilik akaun TikTok https://vt.tiktok.com/ZSkPo8KH3/ untuk tampil ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini (11 Jun).

Menurutnya, semakan awal polis terhadap isi kandungan pemilik TikTok terbabit mendapati ada beberapa kejadian yang hampir sama menunjukkan dia menjadi mangsa cubaan perlakuan jenayah di beberapa lokasi lain.

Dalam pada itu, Zaiham turut meminta kerjasama mana-mana pihak yang mengalami kejadian seperti itu agqar menghubungi pihak polis atau hadir mana-mana balai polis berhampiran.