Pakcik Hussin potong kek, sambut hari lahir seorang diri undang sebak ramai

LocalEntertainment
21 Feb 2025 • 11:28 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sambutan hari lahir merupakan ingatan dan penghargaan buat pemberi kepada penerima. Walaupun ada yang tidak gemar menyambut hari istimewa tersebut, namun ucapan sebagai tanda ingatan cukup memadai.

Sebelum ini, seorang wanita telah menghiburkan hati seorang gadis yang berhajat mahu menyambut hari kelahirannya seorang diri. Gadis berkenaan membeli sebiji muffin coklat di kedai wanita berkenaan dan ingin membeli pemetik api.

Bagaimanapun, jawapan gadis berkenaan meruntun hatinya kerana memaklumkan dia tidak mempunyai kawan untuk menyambut hari lahir. Mendengar jawapan itu, wanita berkenaan menyalakan lilin dan menyanyikan lagu hari lahir buatnya.

Baru-baru ini juga, seorang warga emas menarik perhatian ramai apabila menyambut hari lahir seorang diri. Menerusi hantaran di TikTok itu, warga emas berkenaan yang dikenali sebagai Hussin Yaacob merakamkan dirinya memotong kek hari lahir.

“Assalamualaikum, selamat hari lahir, selamat hari jadi. Bismillahirahmanirahim,” katanya.

Melihat video berkenaan, ramai yang sebak melihat Pakcik Hussin menyambut ulang tahun kelahiran seorang diri dan menitipkan ucapan serta doa kepadanya. Sedih dengan keadaan itu juga, rata-rata memanggil Pakcik Hussin dengan panggilan Abah.