
Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 25 Dron India
Tentera Pakistan memaklumkan bahawa mereka telah menembak jatuh 25 dron milik India di seluruh negara pada hari Khamis.
Beberapa dron tersebut dilaporkan jatuh berhampiran kawasan ketenteraan sensitif.
“Angkatan Tentera Pakistan setakat ini telah menembak jatuh 25 dron Harop buatan Israel.
“Sisa runtuhan dron Harop buatan Israel sedang dikumpulkan dari pelbagai kawasan di seluruh Pakistan,” menurut kenyataan tersebut.
Sumber: AFP
The post Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 25 Dron India appeared first on Siakap Keli.


