Paling jimat bangun pagi, buat bekal

LocalPersonal Finance
3 Aug 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Paling jimat bangun pagi, buat bekal

PETALING JAYA – Kenaikan kos sara hidup tidak menghalang segelintir penjawat awam untuk berdisiplin dalam aspek kewangan walaupun tidak mempunyai komitmen hutang pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan kenderaan.

Menerusi hantaran di Threads oleh pengguna @Pokpa1990, individu tersebut meminta penjawat awam yang bebas hutang untuk berkongsi rahsia pengurusan kewangan mereka sebagai inspirasi buat golongan muda.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai pengguna yang tampil berkongsi pelbagai tips dan amalan kewangan berhemah yang boleh dijadikan panduan bersama.

Seorang pengguna Threads, @Cgs.ft menyenaraikan beberapa amalan ringkas yang diamalkannya untuk mengelak daripada terbeban dengan masalah kewangan.

“Tak guna kad kredit, guna kad debit sahaja. Tak ikut trend dan pakai telefon sampai retak skrin baru tukar. Tak minum kopi mahal, minum teh tarik sahaja,” katanya.

Pengguna @Deenadaana yang berkhidmat selama 13 tahun sebagai kakitangan awam turut berkongsi bahawa penyata gajinya kekal bersih tanpa potongan pinjaman.

“Simpan 20 hingga 30 peratus daripada gaji yang selebihnya ukurlah baju di badan sendiri. Bila ada simpanan, kita tak perlu buat pinjaman peribadi untuk beli apa yang kita nak,” ujarnya.

Rata-rata pengguna bersetuju untuk mengelakkan pembelian berasaskan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) selain membawa bekal ke tempat kerja yang merupakan antara langkah terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan harian.

“Paling jimat sebenarnya bangun pagi dan masak untuk bawa bekal ke tempat kerja. Tanpa sedar, banyak (wang) yang kita boleh jimat,” kata @Rabitabasri.

“Jangan guna BNPL, sekali terjebak memang tak ada jalan keluar. Jangan ikutkan sangat trend di media sosial. Tak apa kita tidak ada apa yang mereka ada,” kata @Yana_zamri pula. – KOSMO! ONLINE

The post Paling jimat bangun pagi, buat bekal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved