Panas! Letak jawatan susulan kes FIFA-AFC

WorldFootball
29 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Panas! Letak jawatan susulan kes FIFA-AFC

Bekas jurulatih Jepun, Takeshi Okada, telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) susulan kebimbangannya terhadap perkembangan yang berlaku dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Piala Dunia 2026.

Peletakan jawatan Okada itu tiba seminggu selepas presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Sheikh Salman Ibrahim Al-Khalifa, menyatakan sokongan terhadap Gianni Infantino untuk dipilih semula sebagai presiden FIFA, semasa kongres luar biasa AFC di Tokyo.

Ini berbeza bekas jurulatih skuad kebangsaan Matahari Terbit itu melihat perubahan pendirian oleh AFC sendiri.

Perubahan ketara berbanding pendirian AFC tiga bulan sebelumnya, apabila badan induk itu menuduh FIFA menawarkan cadangan FIFA Forward Enterprise (FFE) -- yang kini telah dibatalkan untuk menjual kepentingan dalam kejohanan-kejohanan FIFA,

— GOAL Japan (@GoalJP_Official) October 28, 2026

"Sepanjang karier saya, saya sentiasa menghargai nilai sosial sukan berdasarkan keyakinan bahawa sukan mesti dijalankan dengan integriti.

"Bagaimanapun, berhubung beberapa tindakan susulan kontroversi Piala Dunia FIFA baru-baru ini, terdapat jurang besar antara tindakan berkenaan dengan kepercayaan saya sendiri dan sebagai ahli sukan, saya tidak dapat menerimanya," katanya.

Infantino yang menerajui FIFA sejak 2016, akan bertanding untuk dipilih semula pada bulan Mac, selepas memohon maaf atas kegagalan projek pelaburan peribadinya.

Sokongan daripada Asia sebagai salah satu blok pengundi terbesar dalam FIFA boleh menjadi faktor penentu bagi pencalonan Infantino.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved