Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

TechnologyDigital
7 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dan GalaxyTab S12+ dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan ia menawarkan kombinasi skrin besar, spesifikasi mercu dan pelbagai penawaran menarik untuk anda membelinya. Adakah apa yang ditawarkan cukup menarik tahun ini?

Spesifikasi

Samsung Galaxy Tab S12 UltraSamsung Galaxy Tab S12+
Skrin14.6″ Dynamic AMOLED 2X, 120Hz,
HDR10+, S Pen
12.6″ Dynamic AMOLED 2X, 120Hz,
HDR10+, S Pen
PemprosesDimensity 9500 (3nm)Dimensity 9500 (3nm)
Cip1x 4.21GHz C1 Ultra
3x 3.5GHz C1 Premium
4x 2.7GHz C1 Pro
1x 4.21GHz C1 Ultra
3x 3.5GHz C1 Premium
4x 2.7GHz C1 Pro
Cip GrafikMali-G1 Ultra MC12Mali-G1 Ultra MC12
RAM12GB LPDDR5X12GB LPDDR5X
Muatan Dalaman256 GB UFS 4.0
Micro SD 2TB
256 GB UFS 4.0
Micro SD 2TB
Kamera Utama13MP f/2.0 (Sudut Lebar)
8MP f/2.2 (Ultra Lebar)
13MP f/2.0 (Sudut Lebar)
Kamera Swafoto12MP f/2.412MP f/2.4
Bateri11,600 mAh
Pengecasan berwayar 45W
10.600 mAh
Pengecasan berwayar 45W
SIM/Telefoni1 Nano, 1 eSIM
5G
1 Nano, 1 eSIM
5G
NFCTiadaTiada
Bicu AudioTiadaTiada
Kalis AirIP68IP68
Sistem ImbasanPengimbas cap jari bawah skrinPengimbas cap jari bawah skrin
Harga JualanRM 5999 (Wi-Fi)
RM 6649 (5G)
RM 4999 (Wi-Fi)
RM 5649 (5G)

Kedua-dua peranti sebenarnya adalah seakan adik beradik yang. Galaxy Tab S12 Ultra hadir dengan skrin 14.6″ Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz, sokongan HDR10+ dan juga stylus S-Pen. Sementara Tab S12+ pula degan skrin lebih kecil 12.6″ tetapi daripada jenis yang sama. Dengan sokongan S Pen, kandungan boleh dilakar atau dicatit terus pada permukaan skrin seperti pada siri Galaxy S Ultra.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

S Pen yang diberikan pula lebih besar untuk memudahkan ia dipegang serta melekap pada sisi dengan menggunakan magnet. Tiada lagi sistem simpanan pada panel belakang seperti Tab S10 sebelum ini. Saya harus nyatakan sistem tempat simpanan belakang adalah lebih menarik kerana kerangka yang diberikan menutup S Pen membuatkan ia lebih sukar tercicir.

Kedua-duanya dikuasakan oleh cip Dimensity 9500, memori 12GB RAM dan storan hanya 256GB. Storan memang agak kerdil tetapi storan boleh ditambah menggunakan kad micro SD sehingga 2TB. Krisis RAM dan memori menyebabkan penawaran Tab S12 di Malaysia adalah sangat terhad. Cip Dimensity 9500 adalah dalam kelas sama dengan Snapdragon 8 Gen 5 dan Apple A19 Pro. Maka tak perlu risau mengenai prestasi menjalankan aplikasi lazim, permua atau aplikasi kreatif.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Bateri pula sebesar 11,600 mAh pada Tab S12 Ultra dan 10,600 mAh pada Tab S12+. Pengecasan adalah sehingga 45W secara berwayar sahaja. Pengecasan yang agak perlahan untuk sebuah tablet tetapi Samsung tidak terkenal dengan sistem pengecasan lebih berkuasa.

Kamera utama adalah sudut lebar 13MP dan ultra lebar 8MP di belakang dan 12MP di hadapan pada Tab S12 Ultra. Pada Tab S12+ pula ia adalah 13MP di belakang dan 12MP di depan. Sebuah flash turut disertakan di bahagian belakang.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Keseluruhan bingkai dan tubuh Tab S12 Ultra dan Tab S12+ diperbuat daripada aluminium. Tubuh adalah hanya setebal sekitar 5mm yang menjadikannya antara tablet nipis di pasaran. Empat speaker diletakkan pada bahagian sisi menyokong sistem audio stereo. Butang laras audio dan kuasa diperbuat daripada logam diletakkan pada bahagian atas. Keseluruhan tubuh melepasi piawaian IP68 maka tak perlu risau sekiranya air tertumpah ke atasnya.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Dengan skrin 16:10 pada kedua-dua model, tablet lebih selesa digunakan dalam kedudukan landskap. Dalam kedudukan potret tablet terasa lebih panjang jika dibandingkan dengan iPad atau Xiaomi Pad yang menggunakan skrin 4:3. Ini mungkin kerana Samsung ingin memberikan lebih ruang bekerja dalam kedudukan landskap. Skrin ini juga menjadikan kedua-dua tablet sangat sesuai untuk menonton kandungan video.

Antaramuka

Sistem operasi One UI 9 berasaskan Android 17 digunakan di sini,. Maka dari segi kemampuan dan ciri ia sama dengan sir Z Fold8 yang baru sahaja dilancarkan. Ada pelbagai kemampuan AI seperti melakukan suntingan gambar, melakukan rumusan dokumen dan Creative Studio menjana imej.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Sokongan DeX juga kembali dengan dengan hanya satu butang, antaramuka lebih mirip seperti komputer riba boleh diakses. Apabila aksesori papan kekunci digunakan pelbagai lagi akses pantas boleh digunakan. Butang AI terbina membolehkan Bixby, Gemini atau Perplexity dilancarkan dengan pantas. Pintasan untuk tiga aplikasi paling kerap digunakan, talam aplikasi, audio dan keterangan skrin.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Samsung menawarkan aksesori Pro Keyboard yang diperbuat daripada logam. Aksesori ini mempunyai pad sesentuh tambahan dan papan kekunci berlampu. Dengan Pro Keyboard, Tab S12 Ultra dan Tab S12+ lebih mirip sebuah komputer riba.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Samsung memberikan langganan percuma Google AI Pro selama 6 bulan dengan setiap pembelian suapaya pelbagai ciri AI di bawah payung Google seperti Gemini Intelligence dan Gemini Notebook boleh digunakan dengan keupayaan lebih tinggi. Selain itu langganan percuma Adobe Photoshop selama empat bulan turut diberikan.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Samsung memberikan sokongan 7 versi Android dan tampalan sekuriti selama 7 tahun pada kedua-dua Tab S12 Ultra dan Tab S12+ bagi memberikan penggunaan jangka panjang dengan lebih selamat

Kesimpulan

Samsung Galaxy Tab S12+ dan Tab S12 Ultra adalah dua tablet berkuasa yang bukan sahaja serasi digunakan untuk menikmati media tetapi juga untuk sesi permainan video, dan suntingan video tetapi juga platform yang boleh diandalkan untuk menghasilkan karya digital terus daripada skrin menerusi bantuan S Pen. Perisian yang digunakan juga menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar lengkap dengan sokongan perisian selama 7+7 tahun.

Image from: Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 12 – Dua Tablet Berkuasa Untuk Yang Kreatif

Di Malaysia kedua-dua tablet ditawarkan dengan langganan Gemini, Adobe Photoshop, Notability dan iQIYI bernilai RM 1,123.58. Turut diberikan percuma ialah aksesori Book Cover Keyboard dan S Pen bernilai RM 1,208.

Harga AsalHarga RebatHarga Untuk Pelajar
Samsung Galaxy Tab S12+ Wi-FiRM 4999RM 4599RM 3999.20
Samsung Galaxy Tab S12+ 5GRM 5649RM 5249RM 4519.20
Samsung Galaxy Tab S12 Ultra Wi-FiRM 5999RM 5499RM 4799
Samsung Galaxy Tab S12+ Ultra 5GRM 6649RM 6149RM 5319.20

Pro

  • Spesifikasi kelas mercu.
  • Saiz bateri yang besar.
  • Sokongan S Pen
  • Kalis air IP68
  • Sokongan 7versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti.
  • S Pen dan papan kekunci diberikan percuma,

Kontra

  • Storan 256GB agak kecil.
  • Skrin 16:10 lebih selesa digunakan mendatar.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved