Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Wajah Go Kyung Pyo Bakal Dikaburkan Dalam Program TV

16 Nov 2026 • 9:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Wajah Go Kyung Pyo Bakal Dikaburkan Dalam Program TV

Pelakon Korea Selatan, Go Kyung Pyo berdepan kontroversi selepas dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika memandu di bawah pengaruh alkohol.Lebih mengejutkan, wajah pelakon yang popular menerusi drama Reply 1988 itu bakal dikaburkan dalam beberapa program hiburan televisyen susulan insiden berkenaan.Memetik laporan Wolipop, kejadian berlaku pada 11 November lalu, kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan di Mapo-gu, Seoul apabila kereta dipandu Go Kyung Pyo melanggar sebuah lori sampah.Hasil pemeriksaan pernafasan mendapati pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol, dengan paras alkohol dalam darah dilaporkan mencapai tahap yang membolehkan lesen memandunya dibatalkan mengikut undang-undang Korea Selatan.Agensinya, CL&Company mengesahkan kejadian itu menerusi kenyataan rasmi pada Sabtu, 14 November.Menurut agensi berkenaan, Go Kyung Pyo telah disoal siasat pihak polis tetapi tidak ditahan.Agensi Mohon Maaf, Sedia BertanggungjawabDalam kenyataan sama, CL&Company turut memohon maaf kepada pihak yang terjejas akibat kemalangan tersebut, selain peminat yang kecewa dengan tindakan pelakon berkenaan.Agensi itu menjelaskan bahawa Go Kyung Pyo memandang serius kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan bersedia menerima hukuman serta bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku.Wajah Dikaburkan Dalam Tiga Program HiburanSusulan kontroversi itu, beberapa pasukan produksi program hiburan Korea Selatan dilaporkan mengambil keputusan untuk mengaburkan wajah Go Kyung Pyo dalam siaran masing-masing.Antara program terlibat ialah How Do You Play?, Sixth Sense: B-Side dan Amazing Saturday.Keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan ketidakselesaan penonton susulan kontroversi yang melibatkan pelakon berkenaan.Setakat laporan diterbitkan, belum ada maklumat lanjut mengenai hukuman yang bakal dikenakan terhadap Go Kyung Pyo.Sumber: Wolipop/Detik

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved