Pemandu mabuk seret mangsa lebih 1 kilometer  

29 Oct 2026 • 5:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu mabuk seret mangsa lebih 1 kilometer  

WASHINGTON – Dua orang maut, manakala dua lagi cedera selepas seorang pemandu disyaki mabuk merempuh sekumpulan penunggang basikal sebelum menyeret salah seorang mangsa lebih 1.6 kilometer dalam kemalangan ngeri di negeri California, lapor akhbar The Sun UK.

Suspek yang memandu kereta jenis Honda Accord dikenali sebagai Valentin Alberto Rodriguez, 38. Dia ditahan polis beberapa jam selepas kejadian langgar lari membabitkan kira-kira 30 penunggang basikal, baru-baru ini.

Menurut saluran berita KTLA, nahas berlaku sekitar pukul 10.40 malam (waktu tempatan) di Kingsley Street berhampiran Tudor Avenue ketika kumpulan terbabit menyertai kayuhan santai sempena sambutan Halloween.

Seorang saksi kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat serpihan basikal di atas jalan raya, manakala pemandu terbabit terus memecut untuk melarikan diri.

Nahas itu mengorbankan seorang lelaki berusia 25 tahun di lokasi kejadian, manakala seorang mangsa wanita berumur 30 tahun meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang lagi mangsa parah, manakala penunggang keempat yang mengalami luka di kepala enggan menerima rawatan lanjut. 

Polis memberkas suspek di kediamannya yang terletak berhampiran lokasi rempuhan.

Rodriguez kini ditahan dan berdepan pertuduhan berat termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol, langgar lari serta membunuh tanpa niat menggunakan kenderaan. – AGENSI

The post Pemandu mabuk seret mangsa lebih 1 kilometer   appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved