JIM Tawar Pilihan Tempoh Sah Laku Pasport Lima Atau 10 Tahun Bermula Hari Ini

2 Nov 2026 • 11:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JIM Tawar Pilihan Tempoh Sah Laku Pasport Lima Atau 10 Tahun Bermula Hari Ini

Rakyat Malaysia kini boleh memilih tempoh sah laku pasport sama ada lima atau 10 tahun menerusi perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia melalui sistem MyOnline Passport bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata inisiatif itu diperkenalkan bagi memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia.

JIM Tawar Pilihan Pasport Lima Atau 10 Tahun

Menurut JIM, pilihan berkenaan membolehkan pemohon menentukan tempoh sah laku pasport berdasarkan keperluan perjalanan masing-masing.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan bahawa pengeluaran pasport Malaysia dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun dihentikan serta-merta.

Keputusan itu dibuat sementara JIM menyelesaikan isu berkaitan dengan syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Zakaria berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular membabitkan beberapa pemegang pasport Malaysia dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun yang berdepan kesulitan untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

Baca juga:

Katanya, perkara itu telah dirujuk kepada ICAO dan maklum balas diterima menunjukkan bahawa tiada halangan terhadap pelaksanaan pasport Malaysia dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved