Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)

5 Nov 2026 • 5:03 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online ~ Sebagai warganegara Malaysia, anda boleh memperbaharui passport secara dalam talian (kecuali bagi kes-kes tertentu) melalui portal MyOnline Pasport di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Pasport anda biasanya boleh siap dalam tempoh 24 jam atau pada hari bekerja yang sama sekiranya permohonan dihantar sebelum jam 3:00 petang.

Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian di bawah.

Image from: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Pengenalan – Apa Itu Pasport?

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Ia boleh dimohon di mana-mana Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Passport adalah LIMA(5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.

Siapa Boleh Renew Pasport Secara Online?

Berikut ialah syarat & terma yang perlu dipatuhi untuk membuat pembaharuan passport secara dalam talian:

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Passport 1966 (Akta 150).
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan Passport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, Passport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz Passport yang terbaharu.
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil Passport dengan mengemukakan kad pengenalan, Passport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan Passport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Passport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan Passport atas talian (MyOnline).

Cara Renew Passport Secara Online

Sekiranya passport anda sudah hampir tamat tempoh, anda wajib memperbaharuinya secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah kelak. Terutamanya, apabila anda bercadang untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat. 

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Anda boleh rujuk langkah-langkah berikut untuk mengetahui cara renew passport secara online; 

Langkah 1: Semak Tarikh Luput Passport

Langkah pertama sebelum memulakan proses pembaharuan adalah menyemak tarikh luput Passport anda. 

Pastikan Passport anda masih sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perjalanan anda. 

Jika tidak, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan.

Langkah 2: Layari Portal MyOnline Passport

Untuk memulakan proses pembaharuan Passport secara dalam talian, layari portal MyOnline Passport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Portal ini menyediakan kemudahan untuk memohon pembaharuan Passport tanpa perlu hadir ke pejabat imigresen, kecuali untuk pengambilan Passport yang telah siap.

Langkah 3: Lengkapkan Borang Permohonan Online

Lengkapkan borang permohonan yang disediakan. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online
Langkah 4: Muat Naik Foto Pasport

Salah satu langkah penting dalam proses pembaharuan Passport adalah memuat naik foto bersaiz pasport. 

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Pastikan foto yang diambil memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. 

Anda juga boleh menggunakan aplikasi editor foto untuk memastikan gambar memenuhi spesifikasi yang diperlukan.

Berikut ialah spesifikasi yang perlu dipatuhi:

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport
Langkah 5: Pilih Pejabat Pengambilan Pasport

Selepas melengkapkan borang permohonan dan memuat naik foto, anda perlu memilih pejabat imigresen di mana anda ingin mengambil Passport baru anda. 

Pastikan anda memilih pejabat yang paling dekat dan mudah diakses untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Langkah 6: Buat Bayaran Permohonan

Proses seterusnya adalah membuat bayaran permohonan menggunakan kad kredit atau debit. 

Pastikan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti untuk pengambilan Passport nanti

Langkah 7: Ambil Passport Baru di Pejabat Imegresen yang Dipilih
Image from: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan tarikh dan waktu untuk mengambil Passport baru anda dari pejabat imigresen yang dipilih. 

Pada hari pengambilan, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti Passport lama, kad pengenalan (IC), dan resit pembayaran. 

Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu hadir bersama seorang penjaga untuk mengambil pasport.

Image from: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Pilihan Tempoh Sah Laku Pasport Malaysia

Mulai 2 November 2026 ini, anda boleh memilih sama ada mahu memperbaharui pasport untuk tempoh 5 tahun atau 10 tahun terus melalui sistem atas talian (MyOnline Pasport).

Inisiatif ini memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tempoh sah laku pasport mengikut keperluan masing-masing.

Image from: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Tempoh Pengeluaran Pasport

Pemohon boleh memilih untuk mengambil Passport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem.

Tarikh dan masa pengambilan passport akan   ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

NOTA: Pasport siap dalam 1 hari bekerja (bergantung kepada lokasi & kelulusan gambar)

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Prosedur Pengambilan Pasport Fizikal

Pasport boleh dikutip selepas 24 jam bekerja dengan menghadirkan diri sendiri (wakil tidak dibenarkan). [

  • Dokumen Wajib: MyKad asal, pasport lama asal, dan cetakan resit pembayaran. Pemohon bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu/bapa/penjaga dan sijil kelahiran.
  • Peringatan: Pasport yang tidak dituntut dalam tempoh 3 bulan akan dibatalkan serta dilupuskan tanpa bayaran dikembalikan.
Pemohon Bawah 18 Tahun

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, Passport tersebut tidak akan diserahkan.

Waktu Serahan

Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Kadar Bayaran

Sistem menerima pembayaran secara dalam talian sahaja melalui Kad Kredit, Kad Debit, atau Perbankan Internet (FPX). Bayaran tunai tidak diterima.

Kategori PemohonTempoh 5 TahunTempoh 10 Tahun
Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahunRM 200RM 350
Pemohon yang berumur di bawah 18 tahunRM 200–
Pemohon yang berumur di bawah 12 tahunRM 100–
Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atasRM 100RM 175
Pelajar berumur di bawah 21 tahun (Ijazah Sarjana Muda di luar negara)RM 100–
Jemaah HajiRM 100–
Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke atasTidak layakPercuma
Orang Kurang Upaya (OKU) berumur di bawah 18 tahunPercuma–
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

    Info Tambahan Penting Jika Anda Renew Pasport Secara Online

    Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.

    Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.

    Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

    • Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.
    • Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web ‘MyOnline*Pasport’.
    • Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.

    Tips Tambahan Untuk Renew Pasport Online

    Image from: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)
    1. Pastikan Maklumat Tepat: Semak semua maklumat yang diisi dalam borang permohonan untuk memastikan tiada kesilapan.
    1. Gambar Pasport: Ambil gambar Passport mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk mengelakkan permohonan ditolak.
    1. Dokumen Lengkap: Bawa semua dokumen yang diperlukan semasa pengambilan Passport untuk mengelakkan sebarang masalah.

    FAQ – Cara Renew Passport Secara Online

    Sila rujuk PDF di bawah sekiranya terdapat persoalan-persoalan mengenai cara renew passport secara online.

    FAQ-PASPORT-ONLINEMUAT TURUN

    Maklumat Lanjut

    Sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan pasport secara dalam talian dan ikuti Facebook Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengetahui info terkini dengan pantas.

    Semoga dengan mengikuti panduan ini, proses pembaharuan passport anda akan menjadi lebih mudah dan lancar!

    Soalan Lazim Cara Renew Pasport Online

    Siapa yang boleh renew pasport secara online?

    Terbuka untuk warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas yang memegang pasport dalam keadaan baik (tidak hilang atau rosak).

    Berapa harga pasport sekarang?

    Umur 18–59 tahun: RM200 (untuk 5 tahun) atau RM350 (untuk 10 tahun).
    Umur 60 tahun ke atas: RM100 (untuk 5 tahun) atau RM175 (untuk 10 tahun).

    Bagaimana cara buat bayaran jika renew passport secara online?

    Bayaran adalah secara digital sahaja menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, atau Perbankan Internet (FPX).

    Berapa lama pasport boleh siap?

    Pasport biasanya siap dalam tempoh 24 jam bekerja selepas permohonan dan gambar anda diluluskan oleh sistem.

    Setelah pasport siap, adakah saya perlu mengambilnya di Pejabat Imigresen?

    Ya, anda wajib mengambil sendiri pasport fizikal tersebut di Pejabat Imigresen yang telah anda pilih semasa mengisi permohonan secara dalam talian. Pasport Malaysia tidak dihantar melalui pos atau kurier ke rumah atas faktor keselamatan negara.

    Bolehkah saya minta orang lain tolong ambilkan pasport?

    Tidak boleh. Anda wajib hadir sendiri ke cawangan Imigresen pilihan kerana sistem memerlukan imbasan cap jari dan wajah anda sebelum pasport diserahkan.

    Apakah dokumen yang wajib dibawa semasa ambil pasport?

    MyKad (Kad Pengenalan) asal, pasport lama asal, dan cetakan resit pembayaran.

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved