Pangsapuri, kondominium jadi pilihan anak muda miliki kediaman

21 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pangsapuri, kondominium jadi pilihan anak muda miliki kediaman

SHAH ALAM, 21 JUL: Golongan belia berusia antara 25 hingga 40 tahun mendominasi pembelian kediaman yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Ne-geri Selangor (PKNS).

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran PKNS, Fadli Mohd Ariff berkata kumpulan usia tersebut mewakili kira-kira 60 peratus keseluruhan jualan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Beliau memberitahu golongan berkenaan kekal sebagai penyumbang terbesar pemilikan rumah meskipun corak pembelian dalam kalangan generasi muda kini menunjukkan perubahan.

“Jika dilihat kepada trend semasa, ramai anak muda memilih untuk menyewa terlebih dahulu selepas tamat pengajian dan mula bekerja sebelum membuat keputusan membeli kediaman sendiri.

Image from: Pangsapuri, kondominium jadi pilihan anak muda miliki kediaman
EXCO Perumahan Borhan Aman Shah meninjau rumah Selangorku PPAM Selindung Daun, Ulu Yam di Hulu Selangor ketika majlis penyerahan kunci pada 10 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Namun, berdasarkan rekod PKNS, pembeli berusia 25 hingga 40 tahun mewakili sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah jualan kami dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, terdapat juga segelintir generasi muda yang lebih cen-derung untuk menyewa terlebih dahulu sebelum membeli rumah,” katanya kepada Media Selangor.

Mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, belia ditakrif berusia 15 hingga 30 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026 berbanding sehingga 40 tahun sebelum ini.

Fadli menjelaskan kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia masih menunjukkan peningkatan, sekali gus membuktikan impian memiliki rumah pertama kekal relevan.

Beliau memberitahu faktor utama yang dipertimbang kebanyakan anak muda ketika membeli rumah ialah kemampuan kewangan berbanding lokasi mahupun akses kepada pengangkutan awam.

“Namun ia bukan faktor penentu utama. Akhirnya, keputusan membeli rumah tetap bergantung kepada kos pemilikan kerana itulah aspek yang paling penting bagi mereka,” katanya.

Mengulas jenis kediaman yang menjadi pilihan, beliau berkata pangsapuri dan kondominium mencatat permintaan tertinggi kerana harganya lebih mampu milik berbanding rumah bertanah.

Menurut Fadli, kebanyakan anak muda memilih rumah dalam lingkungan harga RM250,000 hingga RM500,000 manakala kediaman bernilai lebih RM600,000 lazimnya di luar kemampuan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved