Panik diugut, anggota polis cekik pelajar universiti hingga maut

WorldPolitics
5 Jan 2026 • 9:52 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pelajar Universiti Lambung Mangkurat (ULM) maut selepas dicekik oleh seorang anggota polis dalam satu kejadian di Banjarmasin, Indonesia.

Kes itu terbongkar selepas polis mengesahkan mangsa, Zahra Dilla, dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke dalam saluran air di kawasan berkenaan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Kalimantan Selatan, Adam Erwindi, berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek, Muhammad Seili, mempunyai hubungan sulit sebelum kejadian. Mangsa dipercayai mengugut untuk mendedahkan hubungan tersebut kepada bakal isteri suspek dan ugutan itu mencetuskan perasaan panik suspek.

Kejadian cekik berlaku ketika mangsa berada bersama suspek di dalam sebuah kenderaan, sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada tindakan ganas berkenaan.

Baca juga:

Pengakuan suspek

Siasatan lanjut mendapati mangsa cuba melawan ketika dicekik, namun suspek terus menekan leher mangsa sehingga mangsa tidak lagi bergerak dan disahkan meninggal dunia.

Selepas menyedari mangsa telah meninggal dunia, suspek membawa mayat ke beberapa lokasi sebelum mengambil keputusan membuangnya ke dalam saluran air berhampiran lokasi penemuan.

Dalam sidang tatatertib polis, suspek turut melakonkan semula cara dia mencekik mangsa dan mendakwa tidak menyedari perbuatannya boleh mengakibatkan kematian. Alasan itu bagaimanapun dipertikaikan panel sidang yang menegaskan cekikan pada leher merupakan perbuatan berbahaya dan berpotensi membawa maut.

Dipecat dan berdepan tindakan undang-undang

Hasil sidang tatatertib, suspek dibuang kerja serta-merta daripada pasukan polis selepas didapati mencemarkan nama baik institusi keselamatan dan melanggar prinsip kemanusiaan serta profesionalisme sebagai anggota polis.

Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuntut siasatan jenayah dijalankan secara telus dan tegas. Ramai berpandangan hukuman tatatertib sahaja tidak mencukupi, sebaliknya tindakan undang-undang wajar diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan terhadap mangsa dan keluarganya.