Pantai Teluk Kalong kembali dicemari sisa arang batu

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pantai Teluk Kalong kembali dicemari sisa arang batu

KEMAMAN – Pantai Teluk Kalong di sini kembali dicemari sisa arang batu yang dipercayai mula terdampar di sepanjang kira-kira 300 meter pesisir pantai sejak kelmarin.

Pencemaran kali kedua dalam tempoh tujuh bulan tersebut menggusarkan bukan sahaja penduduk setempat dan pelancong malah komuniti nelayan tempatan.

Salah seorang penduduk Kampung Teluk Kalong, Azhar Ngah, 64, mengesyaki sisa arang batu berkenaan merupakan lebihan tumpahan dari tongkang sama yang telah pecah pada bulan Januari lalu.

“Arang batu yang kembali mencemarkan Pantai Teluk Kalong sejak kelmarin (Jumaat lalu) dipercayai lebihan sisa yang masih terdapat di dalam tongkang masih tersadai di kawasan berhampiran.

“Difahamkan ia tertumpah keluar lalu dihanyutkan ombak ke pesisir pantai ekoran kerja-kerja pengalihan termasuk pemotongan rangka tongkang terlibat masih giat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairul Faizi Sulong, 40, pula terkilan Pantai Teluk Kalong kembali dicemari sisa arang batu buat kali kedua tahun ini sedang musim cuti persekolahan bakal tiba minggu depan. – KOSMO! ONLINE

The post Pantai Teluk Kalong kembali dicemari sisa arang batu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved